pregnancy due date

Saturday, March 27, 2010

Perut, Lipstick, New Clothes, Fresh Orange and Don'ts


Tak payah cakap banyak-banyaklah. Ni lah pic perut kita yg mengandungi budak kecik tu. Last Thurdays kita gi monthly check-up and dapat tengok dia. Dia dah besar :D! Mummy nga ndaddy sgtlah teruja coz the last time we met budak kecik, dia kecik sangat-sangat walaupun dah nampak kepala, perut, kaki dan tangan. Alhamdulillah semua ok. Next check-up dah boleh tengok jantina baby!

Dan sekarang ni kita sangat suka lipstick yang kita baru beli. Asalnya masuk MAC hari tu nak cari eyeshadow. Tapi sekali calit lipstick tu, terus kita terus tersuka! Hari-hari kita pakai lipstick ni tak nak tukar. Hihihihi...



Itu cerita lipstick. Tak masuk cerita beli baju lagi. Baju dan seluar kita memanglah confirm dah tak boleh masuk lansung sekarang. Almaklum, masa tak pregnant semua baju tecit-tecit. Jadi bila membesar sikit je pun memanglah tak boleh masuk dah... So sekarang ni musim kita membeli baju je lah. Sorry yer hubby :P

Kebetulan pula sekarang ni musim panas kan. Kita adalah minumam favourite yang sentiasa nak kena minum, berbeza ikut keadaan dan tempat. Kalau dalam office, kita suka minum air milo panas ataupun teh O waktu pagi. Lepas tu air putih panas sentiasa ada. Kakak tea lady kat office tu rajin masak air. Jadi stok air panas sentiasa ada. Dalam office kan sejuk jadi syok sangatlah dapat air putih panas. Bila keluar dari office, panas terik, kita memang akan beli fresh orange. SEDAP sangat!

Kalau ikutkan, kita seorang yang hantu kopi terutamanya kopi kat Starbucks tu. Dah 4 bulan ni cuma 2 atau 3 kali je pernah minum kopi. Nikmatnya tak terkata. Masa awal-awal hari tu, kita pening kepala teruk sebab tak dapat kopi. Hahahaha. Selain kopi, kita memang hantu buah nanas dan jeruk. Ni pun kena tahanan reman ni. Sabarlah tekak! :P

Lelain tu ok alhamdulillah. Tak ada mengidam ke apa. Actually kita tak tahu rasa mengidam tu macam mana :P. Hahahaha. Kita ni sebelum mengandung pun memang lincah dan kaki jalan. Sekarang pun sama. Tapi macam makin aktif terlebih gayanya. Jalan pun masih laju, kadang tu siap berlari-lari anak lagi. Pesanan pada diri kita, tengoklah perut ko tu memboyot kang, tak ada maknanya ko boleh jalan laju.

Next week kita dah masuk 4 bulan, which means, lagi 5 bulan je baby nak keluar. OMG!!! I didnt know that time is running so fast as it is now! TAKUTTTTTTTTTTTTTT! Kita dah terfikir macam kalau boleh normal sekalipun, kita nak c-ser...

Saturday, March 6, 2010

Lamanya Tak Update!

Alhamdulillah, syukur atas segala-galanya...

1. Sebab kita dah selamat pindah ke office baru di Cyberjaya.

2. Sebab kita dah beli Blackberry 9700 yang kita idam-idamkan :D.

3. Sebab budak kecik ni sihat walafiat, dan selepas bleeding, makn ubat, up till today we are doing fine.

Speaking of my pregnancy, kita bersyukur sangat sebab up to this moment, kita tak ada mabuk, tak ada loya dan tak pernah muntah. Syukur sangat atas nikmat ni. Kita harap sampai bersalin nanti pun mudah juga. Kita cuma nak makan, nak makan, lapar, lapar, lapar! Bila jumpa kawan-kawan atau orang-orang di luar tu, mereka tanya teruk tak morning sickness? Kita segan nak cakap kita ta kada morning sickness sebab kita tak nak terjadinya riak. Kita cuma bersyukur yang teramat sangat.

Tapi kan sekarang ni, bila cuaca panas, kita betul-betul teringin nak minum air COCA-COLA! Tapi kita tau tak boleh. Cuma mama kita kesian kat kita hari tu. Dia kata jamah je sikit. Hihihihi. Akhirnya kita jamah sikit je sebab tiba-tiba hilang selera coz ada perasaan sayangkan dan takutkan sesuatu buruk jadi pada baby. Itulah sifat keibuaan rupa-rupanya :D

Petang ni kita and hubby nak pergi check in. Maybe kat hotel selalu kitorang. Kalau tak Pullman Putrajaya, Cyberview Lodge la. Kita nak rehat-rehat, senyum-senyum, happy-happy!

P/S: Kita sangatlah bz sekarang. Balik dari kerja, mandi dan terus keluar dinner. Balik je terus pengsan. Tak online pun u ols. Sorry ya lama tak visit u ols!