pregnancy due date
Showing posts with label I Love Islam. Show all posts
Showing posts with label I Love Islam. Show all posts

Monday, October 26, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Semalam, kita pergi rumah baru adik ipar kita kat Alam Suria (next to Bukit Jelutong). Surrounding kat tempat ni masih hijau walaupun sudah ada highway. Rumah Jan (adik ipar) berkedudukan di atas dari rumah lain. Jadi rumahnya berangin. Kita makan tengahari kat sana. Lauk-pauk yang Jan ordered memang sedap. Ada sambal udang petai, ayam goreng rempah, ikan tenggiri masak kari, ulam-ulam dan banyak lagilah. Kita makan 3 round kat sana :P. Cantik rumah Jan & Jeff (hubby Jan). Kalau ada rezeki, kita pun nak satu insyaAllah :D

**JAN & JEFF @ their new home**

**Hubby & me**

Lepas lepak-lepak, borak-borak, hubby dan kita bergerak ke Central Market (CM). Kali terakhir pergi ke sana seingat saya masa tu mungkin dalam form 1 macam tu. Mama abah yang bawa. Lepas tu memang tak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Hubby kita nak cari hadiah untuk rumah bestfriend dia; Irish & Azlin dan Jan & Jeff. Kitorang jumpa yang selama ni kitorang dok cari. Sekejap lagi kita letak untuk tatapan kawan-kawan ya.


Sempat la juga lepak kat Oldtown. Kita tapau carrot cake dan almond cake (tak ingat nama penuh, tapi kek ni flavour baru) semestinya dari Secret Recipe dan kita seludup masuk ke Oldtown. Tak boleh nak bagi feedback kek flavour baru ni sebab up to today, kita lupa nak makan. Kita cuma larat makan carrot cake je masa kat Oldtown. Hihihihi.

**I love you tau!!!**

Lepas tu kita gi Midvalley nak cari in wear kita. Sambil-sambil mencari tu, hubby dapat call dari Irish. Kitorang tergelak. Padahal tak beritahu pun lagi kitorang ada something untuk diorang. Dorang ajak lepak dinner kat chillis. Kitorang pun on je la. Since tak payah nak bawa balik hadiah tu. Boleh terus bagi. Afterall, kita pun rindu dah kat Iris Alya (Yaya), baby dorang.

**Ni lah Yaya, cayang aunty!**

Yaya dah besha lah! Dah pandai terkekek-kekek ketawa macam mak nenek. Hahaha. Yaya doakan aunty kikin pun dapat satu eh... Boleh kawan sama Yaya. Cayang Yaya!

**Yaya 1st day to the world!**

**Yaya with her godfather yang 1st time dukung Yaya coz before this hubby takut nak dukung Yaya yang nampak very fragile**

**This is Irish, Yaya's daddy**

**Aww Yaya with her pretty mummy!**

**The most lovely godmother kan Yaya. Hihihihi**

NOTE: Irish yang sambut Yaya masa Azlin lahirkan Yaya. Irish is a doctor. Best kan?

Last but not least, hadiah yang hubby dan saya cari untuk Jan & Jeff dan Irish & Azlin ialah sebuah frame bertintakan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. Untuk kitorang pun nak satu tapi tak ada rumah lagi. So beli untuk diorang dulu, Ours will be soon insyaAllah.

Untuk penghayatan dan tatapan kawan-kawan, bacalah. Personally kita sayu hati bila baca pesanan terakhir Rasulullah saw.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."



Saturday, August 22, 2009

Ramadhan, Nawaitu dan Azam Saya!

Alhamdulillah, I have the chance to meet Ramadhan again. But this time around, I have an additional of people in my life to celebrate with especially with my MAB.

Ramadhan is the ninth month of islamic calendar. On this particular month, we, as a muslim, will refrain ourselves from eating, drinking, smoking, and many other things for the sake of Allah. And to get the barkah, we do it sincerely to learn patience and pray more.

Tahun ni, kita bukan berpuasa menahan lapar dan dahaga je. Wallet kita pun puasa. Kita tak nak spend sesuka hati. Kita tak nak shopping tahun ni sebab masa buat baju kahwin, kita dah tempah 5 pasang baju kurung moden. So buat apa nak membazir kan. My MAB plak dah dapat 2 baju melayu dari man kajang (kalau tempah baju kahwin ngan man kajang, baju melayu lelaki dia bg terus kecuali jaket dan kain samping). Dia ada 1 warna peach dan 1 lagi warna navy blue. So ok lah kan.

Cuma ada tak ada, kita nak beli selendang dan kasut. Itu pun sebab masa beli kain, tak sempat nak beli selendang. Yang selendang berlambak-lambak dalam almari kita dah sedekah pada orang. Semua elok-elok lagi sebab bila kita pakai sekali and buat jalan, tengok macam tak cantik or kita rasa tak serasi je ngan tudung/selendang tu kita terus tak pakai dah. Baju pun macam tu lah gamaknya.

Dan selain dari nafsu membeli, kita nak lebihkan nafsu beribadat. Mungkin kita masih tak mampu nak pergi solat terawikh setiap malam. Jadi mungkin kita akan stay di rumah, cuba lebihkan ibadat dengan bersolat dan membaca al-Quran. Kita harap sangat dapat khatam bulan ni. InsyaAllah semoga tuhan permudahkan kita.

Pagi tadi kita sahur, kita buat garlic bread dan mushroom soup dan air kopi. Sedapnya! Pagi esok pun cuba nak sahur light meal je.



Kita cuba untuk tak mengidam makan banyak-banyak puasa kali ni. Apa yang ada syukur alhamdulillah. Mengenangkan nasib anak-anak mangsa peperangan, kita rasa betapa anak-anak ini tidak mengenal erti berhari raya... Alamak sedihnya :(

Jadi azam kita memang tak nak berbelanja lebih. Kita nak puasa untuk kesihatan mental dan fizikal. Mungkin lebih-lebih pun kita nak belikan buah tamar untuk keluarga kita dan mertua. Kuih raya pun kita kena bagi pada keluarga kita dan mertua. Biarlah adil kan. Lepas tu, kena sediakan duit raya untuk adik-adik kita jugak.

Pada semua bloggers, kawan-kawan dan saudara mara, kita ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan tunjukkanlah kesyukuran kita dengan penuh keikhlasan. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Pada kawan baik kita, Akmaelinda yang berpuasa dan bersahur dan berbuka kat Dublin, selamat berpuasa. Sila drop adress anda dalam comment box ini ok. Ada something for you babe. Be good and love u!

Wednesday, July 1, 2009

Bulan Rejab

Suka sekali untuk aku menulis mengenai bulan ini. Tahukah anda, bulan Rejab adalah sempena memperingati peristiwa Isra' Mi'raj yang dilalui Rasulullah SAW? Bulan Rejab semenjak zaman jahiliah lagi telah dimuliakan oleh masyarakat jahiliah dengan mengharamkan peperangan. Lansung diteruskan Rasulullah SAW dengan MENGHARAMKAN PERTUMPAHAN DARAH dalam bulan ini.

Antara peristiwa-peristiwa penting lain yang berlaku pada bulan ini ada Hijrah Pertama dan kelahiran Imam Syafie. Imam Syafie ada antara empat imam mazhab yang besar. Dan kini kita di Malysia mengikuti mazhab Syafie.

Selepas bulan Rejab ini, bulan Syaaban, Ramadhan dan Syawal bakal menyusul. Sudah kukuhkah imanku? Sudah cukupkah amalanku?

Ya Allah berikan aku kekuatan dan petunjukMu, untuk melalui hari-hari anugerah dariMu dengan penuh ketaqwaan dan iman. Kau berikanlah hidayah buat hambaMu ini...