pregnancy due date

Wednesday, July 1, 2009

Bulan Rejab

Suka sekali untuk aku menulis mengenai bulan ini. Tahukah anda, bulan Rejab adalah sempena memperingati peristiwa Isra' Mi'raj yang dilalui Rasulullah SAW? Bulan Rejab semenjak zaman jahiliah lagi telah dimuliakan oleh masyarakat jahiliah dengan mengharamkan peperangan. Lansung diteruskan Rasulullah SAW dengan MENGHARAMKAN PERTUMPAHAN DARAH dalam bulan ini.

Antara peristiwa-peristiwa penting lain yang berlaku pada bulan ini ada Hijrah Pertama dan kelahiran Imam Syafie. Imam Syafie ada antara empat imam mazhab yang besar. Dan kini kita di Malysia mengikuti mazhab Syafie.

Selepas bulan Rejab ini, bulan Syaaban, Ramadhan dan Syawal bakal menyusul. Sudah kukuhkah imanku? Sudah cukupkah amalanku?

Ya Allah berikan aku kekuatan dan petunjukMu, untuk melalui hari-hari anugerah dariMu dengan penuh ketaqwaan dan iman. Kau berikanlah hidayah buat hambaMu ini...

0 comments: