Hari ni, kita nak buat kelas tuisyen kejap. Memandangkan kita bloghopping and baca banyak orang yang tak faham dan tak tahu dan bertanya. Mula-mula, biar kita mukadimah.
Amanah Saham Bumiputra atau ASB, adalah saham yang dijual khusus kepada bumiputra dengan kadar fixed RM1.00 seunit. Simpanan ASB terbahagi kepada dua iaitu simpnan dalam bentu buku dan dalam bentuk sijil.
DALAM BENTUK BUKU
- Duit cash, boleh keluar dan masuk bila-bila kita mahu dan tercatat di dalam buku ASB.
DALAM BENTUK SIJIL
- Duit cash, disimpan dalam bentuk sijil kalau mahu digunakan walaupun separuh, mestilah leburkan sijil. Selain daripada tu, sijil ASB boleh digunakan untuk cagaran mendapatkan Overdraft.
CARA-CARA BELI SIJIL?
Wang sendiri atau pinjaman dari bank khas untuk sijil ASB.
Sekiranya kita tak ada cash untuk beli sijil, option yang kita ada ialah dengan membuat pinjaman ASB khas untuk membeli sijil. Kita cuma perlu bayar bulanan dengan pihak bank. Kebaikannya apa? Bayangkan sekiranya kita membuat pinjaman RM150K untuk sijil ASB, dividen yang kita dapat katakanlah 7% dan interest bank ialah 3.9%. Bukankah kita masih untung 3.1%? Kita gunakan dividen 7% untuk membayar hutang 3.1%. Berbanding kalau kita tak pinjam, tak ada sijil dan tak dapat apa-apa.
BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MAXIMISE KAN UNTUNG DENGAN ADANYA PINJAMAN SIJIL ASB?
Cara biasa, tahun pertama kita bayar pinjaman ASB ni guna duit sendiri sebelum dapat dividen. Bermakna, tahun pertama je kita keluar modal sendiri. Tahun kedua sudah boleh bayar guna dividen.
Ok ikut cara kita! Kita pinjam RM150K. Dividen tahun pertama, kita tak gunakan untuk bayar pinjaman ASB. Kita biarkan dalam bulu ASB. Jadi, tahun kedua, kita akan dapat dividen untuk sijil dan dividen tahun lepas yang ada dalam buku juga akan dapat dividen. Bermakna, tahun kedua, kita dapat dividen atas sijil dan dividen atas buku. Lagi lumayan kan?
KENAPA OVERDRAFT?
- Overdraft ialah kemudahan yang diberikan oleh pihak bank dengan mencagarkan sijil ASB.
(Hanya untuk sijil ASB yang dibeli secara cash atau sijil ASB yang sudah habis bayar dengan bank)
KEBAIKAN & FAKTA MENARIK :
1) Tidak perlu meleburkan sekeping sijil hanya untuk guna separuh.
2) Kalau kita ada cash contohnya RM50K, kita tak beli sijil kita spend, duit habis dan kita tak dapat apa-apa faedah. Kalau kita ada cash RM50K, beli sijil dan mohon overdraft, kita masih boleh dapat faedah. Faktanya begini, katakanlah dividen ASB 7%, interest bank untuk overdraft ialah 3.5%, kita masih dapat 3.5% dividen. Kalau overdraft tu kita tak pakai, bank tidak charge apa-apa. Jadi overdraft tu jadikan on standby sekiranya berlaku apa-apa.
P/S: Kalau ada soalan tak faham, sila dropkan comment anda ya. Kita sedia bantu anda fahamkan.
King Lake :- 1st time Camping
5 months ago
