pregnancy due date
Showing posts with label My MAB. Show all posts
Showing posts with label My MAB. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Antenatal Check-up & Konsert Double Trouble!

Sempat lagi mak buyung ni gi tengok konsert :P It was fun. Memang suara amy dan awie mantap. Siap naik-naiklah bulu roma kita. Kita pergi berempat termasuk ngan kawan hubby dan wife. Jalan memang sesak jadi we all park kereta dekat kawasan yang tak sebok dah, nearby simpang nak masuk Hartamas. Percaya tak, mak buyung ni jalan 1km pergi dan 1km balik. So total 2km :D

I guess, everything was really fun, the performance, the show and all. Yang tak ok ialah Stadium Bukit Kiara tu tak kena langsung. Bayangkanlah, masuk dlm tu cuma ada 1 sahaja entrance untuk turun ke stadium. Bayangkan if berlaku emergency, memang takde laluan lain. dan rakyat Malaysia ni, macam biasalah. Susah nak jumpa mentality yg logik. Contothnya, "KOSONGKAN TANGGA, CUMA UNTUK LALUAN SAHAJA!" Ini tidak, kat tangga tu lah semua orang nak duduk. Kesian hubby. Disebabkan dia haus, dia pun pergilah beli air. Tapi terpaksa redah orang ramai kat tangga tu siap dia kena tolak dan iphone dia terjatuh ke kena rembat ke dia pun tak boleh fikir dah. So tak ada rezekilah. Hilang iphone dah :( Takpelah sayang, ada rezeki lain nanti k.


Alhamdulillah kita dah buat 5th month punya antenatal. Resultnya alhamdulillah. Uri ada kat atas, elok je. Rasa bersyukur tak terhingga. Maknanya peluang untuk beranak normal tanpa komplikasi amat cerah. Harap-harap keadaan ni berterusan. Berat anak mummy ni dah 500gm lebih, which is normal untuk baby 22 minggu. Yang tak normal ialah mummy. Mummy naik 3kg untuk bulan ini sahaja. Doctor dah bagi reminder, 1kg, 1 bulan :P Lagipun ditakuti akan ada masalah kencing manis. Baiklah doctor, mummy akan cuba!

11hb yang lepas kita dah buat detailed scan. Baby alhamdulillah, cukup sifat dan sihat. Syukur tak terhingga pada Allah. Bila buat 3D nak tengok muka baby, baby tutup muka. Lepas doctor pujuk-pujuk, dia alihkan tangan. Tapi palingkan muka ke tepi so mummy and daddy tak dapat tengok. So kita check badan dia dulu. Lepas tu kita back to muka dia, WAHHHHHH ANAK MUMMY! Dia tunjuk muka dia. Tapi terus dia buat muka masam dan mencebik nak nangis. Doc pun terus cakap bye kat dia. Hahaha it was really adorable. Maybe dia rasa terganggu dengan wave ke apa. Tak apa lah sayang. Dalam 3 bulan je lagi mummy boleh tengok and peluk baby puas-puas.

26hb ni hari gaji. Tak sabarnya! Kita nak ajak hubby gi shopping barang rumah untuk rumah baru! Bergantung pada keadaan dan ikut kemampuan, not necessary kena beli barang untuk completekan the whole house. We all fikir, part yang paling penting ialah bilik tidur dan dapur serta washing machine. Nanti from time to time upgrade la satu per satu kan.

Untuk bilik, kita suka combination merah hati, purple dan coklat. Untuk living room, kita suka warna turqoise dan coklat. Untuk bilik tetamu mungkin warna purple atau hijau lumut. Macam-macam nak buat. Nasib baiklah sepanjang mengandung ni, kesihatan molek dan segala-galanya alhamdulillah, indah-indah belaka. Kawan-kawan doakan kita ya...

Thursday, May 6, 2010

Rezeki!


**ME AT 20TH WEEKS :))**

Kawan-kawan, terima kasih pada yang bagi semangat. As u all tau, kita ada masalah uri sekarang ni. Tapi kita tak nak fikir negatif. Harapan n doa pada tuhan, moga semuanya berjln dgn baik insyaAllah.

Betullah seperti yang dijanji dalam al-Quran, setiap anak ada rezeki masing-masing. Dalam keadaan sekarang ni, alhamdulillah rezeki kita murah. Kerja dalam line kita ni, memang tekanan habis. Banking 1 hal, sales 1 hal, nak buat marketing 1 hal. Kita bersyukur, kita tak ada sakit-sakit. Jadi dapatlah kita achievekan memana target untuk tahun ni supaya balik dari confinement tak kelam kabut nak fikir target.

Alhamdulillah, loan on track dan wealth juga on track. Bulan ni saja unit trust dapat nak dekat RM1juta. Loan rumah pula RM4juta. Dalam tangan masih ada RM4-5juta yang dalam proses.

Rewards pun boleh tahan. Macam biasalah kerja macam kita ni, hq akan buat dalam bentuk kempen dan hadiah supaya sales staff berlumba-lumba buat sale untuk rebut hadiah. Kira macam nak naikkan semangatlah. Jadi bulan ni kita dah menang beberapa kempen:


1. Menang voucher Parkson worth RM400.00.
2. Menang kempen challenge by my area big boss, cash prize worth RM500.00 but I heard she gonna increase the token for a tremendous achievement :D.
3. I am qualified for a free Tioman trip - tak tahu lagi bila trip ni akan dibuat.
4. I am qualified for a free Perth trip - tak tahu lagi juga bila trip ni akan dibuat. Harap-harap sebelum bersalin atas sekurang-kurangnya lepas confinement.

Target kita for the very next and final reward ialah FREE TRIP TO SPAIN! Yang ni tak risau coz dia tengok whole year event and target. So trip will definately be next year around middle of the year. Harapan memang nak pergi :D

In few days time will be my 1st anniversary with my MAB. And thats tripple my happiness. :D

Sunday, April 25, 2010

Gender Baby, Kesihatan Mummy & Stroller Haunting!

PERKEMBANGAN BABY DAN MUMMY

Alhamdulillah, baby dah 19 weeks now and everything is doing well. During my 17th weeks, I started to feel a mild movement in my womb especially when my postur preassures the baby. Tapi, last Thursday, I went for a stroller haunting with the daddy. Malam tu tidur kita memang tak lena. Bukannya sebab apa, tapi termimpi-mimpi stroller and kita mimpi tolak baby dalam stroller. Daddy pula pun terbawa-bawa ke mimpi. And FYI, the very next day tu, kita punya antenatal check-up yang buat kami berdebar sebab dah boleh tahu gendernya.

The very next day pergi checkup and gynae asked me:

gynae: mama rasa girl ke boy?

me: ehehe i think girl sebab i suka sangat mekap-mekap.

gynae: papa pulak?

hubby: i mimpi baby boy..

gynae: selalunya kalau papa yang mimpi, maksudnya sebaliknya.. ok mama jom kita scan..

Gynae terus salam kita cakap its a SHE! :D Tapi still we want to hear the same answer untuk setiap checkup baru rasa 100% betul as by now, to form a gender is actually memang start dengan shape mcm female then kalau baby tu lelaki, baru testis nya akan turun soon or later. Jadi kita tak nak over confident sangat walaupun secara terus terangnya, kita memang mahukan anak perempuan sebab kita rasa perempuan mampu jadi contoh yang baik pada adik-adik dan dia tentu mempunya sifat penyayang.

Tapi 1 perkara, gynae kata uri kita kat bawah. But too early untuk determine the stage since baby is moving and we are hoping by 32nd weeks, uri dah beralih ke tempat sepatutnya. Otherwise, kita tak boleh beranak normal. Kita tak berapa kisah normal atau c-sect tapi kalau boleh biarlah semuanya selamat dan sihat. Sebab ada stage yang baby dan ibu tak dapat diselamatkan kerana masalah kedudukan uri dan pendarahan yang teruk. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami. Kawan-kawan, doakan ya. As for now, mummy is trying not to think much as I am hoping for the possibility uri tu akan duduk semula tempat yang sepatutnya.

Then malam tu kita tidur, berhasrat nak bangun lewat sebab dah beberapa weekend asyik kerja. Tapi tak pernah-pernah my baby tunjuk perangai. Pukul 6.30 pagi dia bergendang lah, main kinckboxing lah kat dalam tu. Selalunya rasa mild but this time memang movement yang betul-betul.

KISAH MUMMY & DADDY'S STROLLER HAUNTING

Kalau kawan-kawan yang dah berkahwin dan ada anak tentu tahu betapa seronoknya survey stroller kan. Even masa kita belum berkahwin, kita memang minat tengok stroller dan tahulah juga perkembangan stroller. Dan hubby and I memang dah decide stroller yang nak dibeli dan dah ada 2nd option if in case kami tak jadi beli. Memang sengaja short listed kan supaya tak huru hara nak pilih or rambang mata.

NO 1 HOT IN LIST!

STOKKE XPLORY

Stokke mula diperkenalkan dalam movie 'Sex & The City'. Lebih dikenali memalui design yang stylish tapi for me, beberapa reasons yang hubby and I jumpa bila baca-baca info pasal stoller ni ialah:



1. Ia boleh berfungsi sebagai high chair - so pada kami, kalau pergi makan tak perlulah kita minta baby chair yang tentu ada bakteria dan sbgnya.
2. Seat yang boleh laras mengikut kesesuaian, ketinggian dan kehendak kita - kita dan hubby mempunyai ketinggian yang berbeza whereby stroller ni bole diadjust mengikut ketinggian masing-masing dan kedudukan seat baby pun boleh diubah tinggi dan rendahnya, sama ada menghadap tukang tolak atau menghadap ke hadapan.
3. Seat Stokke ni boleh diganti dengan apa-apa brand seat pun - sangat flexible!
4. Aksesori tambahan - yang ni optional dan pricenya of course additional. Boleh letak payung, letak pemegang air, tukar customize seat, hood dan shopping beg. Dan yang paling best, boleh tambah tempat berdiri jadi abang or kakaknya boleh ride Stokke ni macam scooter while mummy or daddy tolak baby.


NO 2 IN LIST!

QUINNY BUZZ 3 / QUINNY BUZZ 4

Quinny antara pioneer product untuk 3 wheels stroller. Dan stoller ni memang tahan lasak. Quinny Buzz 3 memang dah ada kat Malaysia ni. Cuma Buzz 4 saja belum masuk dan dijangka dalam beberapa bulan ni akan masuk ke Malaysia. Buzz 4 ni serupa dengan Buzz 3, bezanya sebab tayarnya 4. Dan hubby tak berapa gemar yang 3 wheelers sebab dia rasa macam fragile. Jadi if in case kita nak beli Quinny, Buzz 4 menjadi pilihan!

Tentang Quinny:
1. Tahan lasak! Rasanya lebih lasak dan kukuh berbanding Stokke. Boleh buat drift. LOL. Aksesori mudah didapati dan lebih murah berbanding Stokke, contoh seperti tayar.
2. Hanya flexible dengan maxi-cosi.

Saturday, March 6, 2010

Lamanya Tak Update!

Alhamdulillah, syukur atas segala-galanya...

1. Sebab kita dah selamat pindah ke office baru di Cyberjaya.

2. Sebab kita dah beli Blackberry 9700 yang kita idam-idamkan :D.

3. Sebab budak kecik ni sihat walafiat, dan selepas bleeding, makn ubat, up till today we are doing fine.

Speaking of my pregnancy, kita bersyukur sangat sebab up to this moment, kita tak ada mabuk, tak ada loya dan tak pernah muntah. Syukur sangat atas nikmat ni. Kita harap sampai bersalin nanti pun mudah juga. Kita cuma nak makan, nak makan, lapar, lapar, lapar! Bila jumpa kawan-kawan atau orang-orang di luar tu, mereka tanya teruk tak morning sickness? Kita segan nak cakap kita ta kada morning sickness sebab kita tak nak terjadinya riak. Kita cuma bersyukur yang teramat sangat.

Tapi kan sekarang ni, bila cuaca panas, kita betul-betul teringin nak minum air COCA-COLA! Tapi kita tau tak boleh. Cuma mama kita kesian kat kita hari tu. Dia kata jamah je sikit. Hihihihi. Akhirnya kita jamah sikit je sebab tiba-tiba hilang selera coz ada perasaan sayangkan dan takutkan sesuatu buruk jadi pada baby. Itulah sifat keibuaan rupa-rupanya :D

Petang ni kita and hubby nak pergi check in. Maybe kat hotel selalu kitorang. Kalau tak Pullman Putrajaya, Cyberview Lodge la. Kita nak rehat-rehat, senyum-senyum, happy-happy!

P/S: Kita sangatlah bz sekarang. Balik dari kerja, mandi dan terus keluar dinner. Balik je terus pengsan. Tak online pun u ols. Sorry ya lama tak visit u ols!

Tuesday, January 19, 2010

My Reaction To Know The News

Ok, perkara-perkara yang membuatkan kita buat test ialah the day before, kita gi breakfast ngan hubby before gi jumpa customer kita. Tetiba rasa macam nak termuntah. Kita terus stop makan and nasib baik memang makanan pun dah habis sental :P. Tapi bila fikir balik, kita dah ada simptom-simptom nak period. Which kita memang dah standby, Cik P tu nak datang in few days time. And then malam tu, kita rasa benda gatal-gatal yang datang dari dalam perut. Kita tak selesa. Garu memang tak rasa apa-apa. Memanglah rasa tak selesa.

The very next day, balik je dari office, kita nak cuci toilet. So terfikir nak buat test. Lagipun tester memang dah ada. Percaya tak, all this while, hubby je yang dok concern beli tester tu while me tak ambil kisah pun.

Bila keluar je result, kita rasa tester tu rosak. Lepas tu kita terus mencuci toilet. Sambil tu dok menafikan yang tester tu elok je. 2-3 kali juga la kita check tester tu lagi. Kali ke-3, barulah macam sedar dari mimpi. Then kita terus menggeletar satu badan. Mixed feelings. Takut, happy, macam tak percaya.. Semua ada lah.

Best part was, kita letak dalam bilik tester tu. Kita keluar gi cari hubby. Tak jumpa. Bila kita masuk bilik, dia tengah menganga tengok tester. Soalan dia:

Hubby: Ni bila punya ni sayang?

Me: Hah? Of course la baru test.

Hubby: Bukan, bila punya yang kita dapat ni.

I was like, OMG. Apa punya soalan. And ended up, dia pun macam ketakutan juga. Well, obviously kami memang nak. Tapi bila kenyataan tu dah ada, jadi takut semua. Maklumlah, pengalaman pertama. So malam tu, kita gi klinik terus. Doc tu kata:

Doc: Congrats. It positive. You are pregnant.

Me: Really? OMG it's funny. Hahaha.

Doc: Betullah. Hahaha what's so funny?

Me: I dunno. Now Im scared.

Doc: You are funny. Tak apa. Just jaga diri baik-baik. Get your gynae.

Doc tu salam hubby yang dari tadi sengih-sengih speechless.

Kita pun terus call nak bagitahu mak kita. Kita memang tak berhenti gelak and tak tahu nak cakap mcm mana. Last sekali, kita cakap je kat mak kita "MAMA, EKAU NAK JADI GRANDMA!"

:D

Petang kang kita nak gi scan, nak jumpa budak kecik ni. Nak tengok umur dia berapa..

Monday, December 21, 2009

Kisah Pertemuan Orang Ni & Orang Tu

Well, it was kind of unique in a way, yet a very long story to go. Lol.

Kita kenal hubby masa kita Form 5. Hubby pulak masa tu masih lagi trainee engineer kat MAS. Kita actually chatting ngan kawan-kawan dia at this 1 irc chanel. Zaman-zaman irc la masa tu. But I didnt get the chance to chat with him. Kawan-kawan dia tu kakak-kakak la. So chat few times, they said they wanted to meet me. I told them lets meet kat area my house since kita budak sekolah masa tu. Tak boleh keluar jauh. Rumah kita dekat je ngan Ampang Point so jumpa kat mamak curry house sana lah. Ehe kita memang dah drive kete ever since Form berapa ntah. So setakat dekat-dekat tu no problem la.

Bila lepak, ada this 1 guy, hubby kita la to be exact, duduk depan kita. Rambut panjang sampai bahu kita tengok mcm comel je mamat ni. LOL. So cut it short, lepas perjumpaan tu, life berterusan macam biasa. Untill next day ada orang smsed!

Orang tu: Cik adik watpe tu?

Kita: Sape ni?

Orang tu: Agak-agak?

Kita: (tak fikir panjang terus smsed dia balik) Orang yang dok depan I pakai baju hitam semalam kan? (sungguh tak malu kan jawab macam ni :P)

Then sms terus berganda-ganda, tiap masa sampailah bergayut tengah malam. So sampailah kita masuk study kat MMU Melaka. After few months, putus! Kesian kan? Tapi relationship kitorang memang tak sampai setahun pun. Dalam 5-6 bulan je gitu lah. Padahal kita memang dah suka kat orang tu. Dia pernah buat surprise, drove all the way dari KL untuk teman kita dinner. Tapi tak apa lah. Dah tak ada jodoh. So putus. =(

Lepas tu kitorang masih keep in touch yang macam nak tak nak. Tapi we kept ourselves updated secara senyap tentang perkembangan each other. Masa tu tau lah dia ada gf baru dah and dia pun tahu kita ada bf baru dah and relationship kami dengan orang baru tu, bertahan sampai 4 thn.

Ironik nya, lepas tahun ke-4 tu, kita nak putus ngan ex-bf kita tu. Dan kita doa kat Tuhan, kalaulah dia bukan jodoh aku, hantarlah seseorang yang baru. The very next day, kita dapat sms dari orang tu!!! Ajak gi makan. Kita tak nak lagipun masih belum ada problem yang settle kan. So cut it short, after a month baru kita setuju nak jumpa dia. Kitorang lepak kat Marche' The Curve dari tengahari sampai kol 10 mlm. Cerita, kongsi suka dan duka, kongsi apa yang masing-masing tak tahu selama ni.

=) Lepas tu hubungan kitorang berjalan macam biasa. Kitorang memang nak terus serius. Masa hari raya aidiladha, mak ayah dia datang rumah untuk berkenalan dengan mak ayah kita. Dorang bilang kat mak ayah kita, dorang nak datang lagi nanti. So few weeks after, dapatlah kita cincin tanda. Lepas 3 bulan kita tunang. Lambat sikit sebab nak lepaskan adik hubby kahwin dulu bulan Januari. Kami tunang 29/03/08. Date ni pun dapat sebulan before majlis. Lepas setahun, kitorang kahwin 09/05/09. Sepatutnya tempoh tunang tu tak lama. Hubby ajak kahwin tahun 2008 juga tapi kita tak nak kelam kabut nanti preparation huru hara kan. Tu pun date kahwin dapat 1 bulan setengah sebelum majlis. Sebab tempat banyak tak available memandangkan Mac ialah bulan cuti sekolah. So terus pick date baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Hubby tua 7 tahun dari kita. Birth date kami sama iaitu 12hb. Maka jadilah wang hantaran RM12K.

Well, dalam masa tak sampai 2 tahun ni memang terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita dan hubby. Bertemu dan berkahwin. Banyak perkara baru yang kita belajar dan perlu sesuaikan diri. Apa pun, kita bersyukur perjalanan kita dipermudahkan. 2009 akan berlabuh. Semoga 2010 memberi lebih banyak perkara baru yang indah dan semoga kami dapat lalui dugaan Allah.

Saturday, August 22, 2009

Sayangku Ada Gout!

Kesian my MAB. Kan few entry yang lepas kita cakap kita busy and banyak dok layan hubby kita sakit kan, actually he has been diagnosed to have gout.

Since not many people having this, people out there might not know what gout is. Gout is a form of arthritis that causes sudden, severe attacks of pain and tenderness in some joints. You can see symptoms like burning pain, as well as swelling, redness, warmth, and stiffness in the affected joint. Hurmmm sampai merah n bengkak kaki my MAB. Sampai kena pakai ampuh yang untuk orang kaki patah tu. And kalo pijak kaki memang sakitlah. Kadang-kadang time tido ada kita tertendang kaki dia. Menjerit dia. Sorry cayang..

Ok back to the topic, punca gout ni adalah daripada uric asid yang berlebihan hasil daripada pengambilan protein dalam kadar yang berlebihan. From the doc, he said, gout is not curable but fortunately there are ways to reduce and prevent from the swelling to reoccur. Alhamdulillah..

So the best way is, jaga pemakanan. Tak boleh makan daging merah, seafood, kekacang, cereal, sayur-sayur kekcang dan tomato, dan jajan. Tahu tak jajan tu apa? So sekarang only healthy food for you sayang! No more canned drinks, no more steaks and kacang! Tapi once a month kita cuba jugak makan tapi dalam small quantity ok.

As for me, this is way for me to have a continous diet. Kadang-kadang bila untuk diri sendiri, kita tak ada disiplin nak buat. Tapi bila sebab orang yang tersayang, kita gagahkan buat sebab itu adalah tanggungjawab kita kan..

Tuesday, April 7, 2009

2 Days After...

Again, I am grateful. Hari ini saya rasa sgt bersyukur. Bersyukur sbb setelah kemalangan yang menimpa, saya masih berkesempatan bersama orang yang tersayang. Tak ada kata-kata yang dapat gambarkan perasaan. In english, 'only mere words can do'.

Kegembiraan tu rasanya macam, bila orang yang hampir-hampir kita hilang, masih bernyawa dan berada dekat dengan kita. Bila ketakutan kita hilang bila kita dapat hari-hari kita yang sebelum ini. Dia ketawa, dia senyum, dia marah, dia membebel dan segala-galanya. Saya bersyukur saya tidak kehilangan.

Semua tu membuatkan saya rasa betapa saya sayangkan orang tu. Betapa orang tu mendapat tempat yang istimewa dalam diri saya. Mungkin saya tak selalu sebut atau tak pernah sebut. Mungkin saya tidak menunjukkan kesedihan dan ketakutan saya, jauh di sudut hati, cuma tuhan yang tahu. Cuma saya tak mahu risaukan mak ayah saya dan orang lain dengan bersedih. Saya perlu jadi kuat dan tabah sebab saya tahu dugaan hari-hari yang akan datang lebih berat dan besar buat saya dan dia.

Hurmmm... hari ni orang tu ajak gi Mines. Tak plan pun. Tengok jalan jam, terus je melencong gi Mines. Tetiba my M nak mkn sushi king. So saya layankan walaupun tak terasa lapar sgt. And lepas tu we all pergi Reborn buat foot massage.

These are my reason to smile again..





Monday, April 6, 2009

My Fiance Met An Accident :((

Yesterday, something bad had happened. But syukur alhamdulillah, only damages towards properties. My fiance had happened to involve in a car accident.

After feeling weird the whole morning, I decided to brush my teeth and wash my face and surprisingly, I had arranged my pants and long sleeve shirt without me noticing for what I did that. Half and hour later, my fiance called and told me this:-

Fiance: "Adik, abg accident."
Me: "Ya Allah! Abg ok tak?"
Fiance: "Abg ok. Kete terbalik."
Me: "Takpe2. Accident kat mana?"
Fiance: "Dari pasar borong on the way to Sri Serdang. Ermmm depan IOI Resort!"
Me: "Ok, adik datang sekarang!"
Fiance: "Someone is sending me to the hospital. So adik terus gi hospital."
Me: "OK!"

I did not take a bath. I just went out and informed my dad that I had to go now to the hospital and I did not hear if there were any questions asked by anyone in the house. Alll in my head was, 'sayang', 'hospital' and 'accident'.

At 1st I was really supposed to go to the hospital. I knew I need to be by his side. But I think he must be very blur and cant afford to think normally due to the car crashed. So I just changed my mind and straight away I had headed my wheel to the IOI Resort area. The minute I reached, my heart went very fast, with goosebumps all around my neck. Astaghafirullahalazim.. I just quickly parked and told the guys there that it is my fiance's car and I need to settle down everything needed.

I need to sign up a towing notice and take all the goods from the car. After settling everything my dad called up telling me he was about to reach the hospital which I was actually on my way too. We had reached estimately about the same time.

Pity him but thank to Allah for everything. He had done an x-ray and syukur... And I am very grateful that nothing bad happened to him. Only minor injuries; bruises and small injuries. I did not say much regarding his behaviour during his driving, cause for me lesson has been learned.

Allah Maha Besar...

p/s: sorry for the grammar error. i am exhausted after the long day. cant manage to edit or read back.