pregnancy due date

Monday, October 26, 2009

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Semalam, kita pergi rumah baru adik ipar kita kat Alam Suria (next to Bukit Jelutong). Surrounding kat tempat ni masih hijau walaupun sudah ada highway. Rumah Jan (adik ipar) berkedudukan di atas dari rumah lain. Jadi rumahnya berangin. Kita makan tengahari kat sana. Lauk-pauk yang Jan ordered memang sedap. Ada sambal udang petai, ayam goreng rempah, ikan tenggiri masak kari, ulam-ulam dan banyak lagilah. Kita makan 3 round kat sana :P. Cantik rumah Jan & Jeff (hubby Jan). Kalau ada rezeki, kita pun nak satu insyaAllah :D

**JAN & JEFF @ their new home**

**Hubby & me**

Lepas lepak-lepak, borak-borak, hubby dan kita bergerak ke Central Market (CM). Kali terakhir pergi ke sana seingat saya masa tu mungkin dalam form 1 macam tu. Mama abah yang bawa. Lepas tu memang tak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Hubby kita nak cari hadiah untuk rumah bestfriend dia; Irish & Azlin dan Jan & Jeff. Kitorang jumpa yang selama ni kitorang dok cari. Sekejap lagi kita letak untuk tatapan kawan-kawan ya.


Sempat la juga lepak kat Oldtown. Kita tapau carrot cake dan almond cake (tak ingat nama penuh, tapi kek ni flavour baru) semestinya dari Secret Recipe dan kita seludup masuk ke Oldtown. Tak boleh nak bagi feedback kek flavour baru ni sebab up to today, kita lupa nak makan. Kita cuma larat makan carrot cake je masa kat Oldtown. Hihihihi.

**I love you tau!!!**

Lepas tu kita gi Midvalley nak cari in wear kita. Sambil-sambil mencari tu, hubby dapat call dari Irish. Kitorang tergelak. Padahal tak beritahu pun lagi kitorang ada something untuk diorang. Dorang ajak lepak dinner kat chillis. Kitorang pun on je la. Since tak payah nak bawa balik hadiah tu. Boleh terus bagi. Afterall, kita pun rindu dah kat Iris Alya (Yaya), baby dorang.

**Ni lah Yaya, cayang aunty!**

Yaya dah besha lah! Dah pandai terkekek-kekek ketawa macam mak nenek. Hahaha. Yaya doakan aunty kikin pun dapat satu eh... Boleh kawan sama Yaya. Cayang Yaya!

**Yaya 1st day to the world!**

**Yaya with her godfather yang 1st time dukung Yaya coz before this hubby takut nak dukung Yaya yang nampak very fragile**

**This is Irish, Yaya's daddy**

**Aww Yaya with her pretty mummy!**

**The most lovely godmother kan Yaya. Hihihihi**

NOTE: Irish yang sambut Yaya masa Azlin lahirkan Yaya. Irish is a doctor. Best kan?

Last but not least, hadiah yang hubby dan saya cari untuk Jan & Jeff dan Irish & Azlin ialah sebuah frame bertintakan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW. Untuk kitorang pun nak satu tapi tak ada rumah lagi. So beli untuk diorang dulu, Ours will be soon insyaAllah.

Untuk penghayatan dan tatapan kawan-kawan, bacalah. Personally kita sayu hati bila baca pesanan terakhir Rasulullah saw.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."



6 comments:

Lady of Leisure said...

thanks for sharing sery..
:)

btw, lama tak nampak sery..
sery n family sihat?

Ashikin said...

loe, a'ah sery sehat alhamdulillah..

sery bz la loe. yelah skang n i musim org kawen, musim kenduri kendara, musim nk kejar kpi, musim haji, musim mengawan... ahahahahaha..

sery makin sehat. badan pon bertambah2 booommm!

T.E.M.B.U.N said...

bkt jelutong tu jauh gak
hehhe
rmh mmbr kat sana
neway
hadiah yg akk beli tu sgt bagus kan..
:)

Emilia said...

beruntungnya ur fren dapat hadiah tu dari sery n hubby. sayu je baca. thnx for sharing ye sery :D

eynda said...

Alam suria tu Sunway alam suria ker?? Kalau betul, tepi tu bakal rumah akak la :-) Bagus la frame yg Sery hadiahkan tu... (akak panggil Sery gak la yer hihi)

Ashikin said...

tembun: tembun, akak from now on mmg nk bg org hadiah tu je if gi wedding org or house warming.. sesuai kan.. cptla tembun kawen... :D

emilia: alhamdulillah dah lama cari br skang jumpa. tu pon sery br terlintas kat cm ada jual memcm kan..

kak eynda: wah2.. umah ka tsitu bole tahan sery tgk kak. btw yea, sunway alam suria.. dlm tu cecantik la kak umah. mesti umah baru kak eynda cantik!!