pregnancy due date

Monday, August 17, 2009

Tagging Game Lagi. Anda Mahu Ditag?

Huh, dah beberapa hari kita tak dapat online sbb busy dan rasa penat nak berehat je. Kita banyak dok terbaring and golek-golek borak ngan hubby sepanjang weekend. Tambah pula hubby kita tak sihat. Dia sakit. So banyak spend time teman dia berehat. Nanti kita buat entry apa sakit hubby saya..

Ok! Kali ni Puan LOE telah mengetagged kita! =D

1. Apa perasan sekarang..........
Tengah merehatkan minda dan badan. Tengah mencuba mengosongkan minda untuk lebih tenteram. Saya juga rindukan mama dan abah saya.. Kalaulah mereka tahu..


2. Saya nak makan nasi.......
goreng sotong!


3. Saya x suka orang yang.....
telefon bf/gf setiap 5min dan menelefon orang-orang yang rapat atau serumah dengan bf/gf dia untuk mengorek itu dan ini. Keji dan jijik. Sorry if ada yang terasa. Tapi saya fikir, setiap orang di dunia ini berhak menikmati hidup dengan tenteram dan aman.


4. Impian saya menjadi.......
orang yang boleh berkata tidak pada sesuatu dan benar-benar memaksudkannya. Saya juga ingin menjadi anak yg baik, isteri yang soleh, umat Allah yang lebih beriman dan berpekerti molek. InsyaAllah.


5. Haiwan yg saya tidak suka......
Saya rasa semua ciptaan ada unik dan tersendiri tetapi saya tidak suka babi kerana banyak penyakit menular kerana babi. Kenapa golongan pemakan babi masih tidak sedar? Dan tidak sedarkah mereka Islam agama yang lengkap dan relevan apabila mengharamkan umatnya memakan babi?


6. Saya harapkan dapat.......
Lebih berjaya dan dilimpahkan rezeki kerana saya berniat besar untuk membantu orang-orang yang memerlukan.


7. Jika boleh diputarkan masa saya nak.....
pulang ke zaman kanak-kanak saya. Saya tidak perlu menyatakan sebab kerana terlalu peribadi dan saya cuma ingin memulakan semuanya dengan lebih baik dan cemerlang. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah menyesal dengan hari-hari yang telah dilalui kerana walau ada pahit, pasti terselit madunya..


8. Saya pada 10 thn akan datang......
Sudah memiliki jawatan yang bersesuaian dengan jiwa dan kebolehan saya, memiliki anak-anak dan suami yang perlu diisi perutnya. Tapi saya tak nak perutnya besar :P


9. Hp saya adalah...
Nokia 6288. Saya nak tukar hp tapi saya tengah mencari-cari hp yang betul-betul lain daripada yang lain dan paling penting saya mahukannya berwarna merah seperti camera Sony saya.

10. Saya pernah bercinta sebanyak...
Banyak kali. Dah tak larat menghitung. Tiap kali saya bangun tidur, saya rasa jatuh cinta dengan orang di sebelah saya :D


11. Saya suka pada handphone...
Yang berwarna merah, sexy dan ada style, user friendly dan nampak sophisticated.


12. Kawan2 saya smuanya....
Ada yang baik hati dan ada juga yang pentingkan diri sendiri. Tapi saya percaya setiap orang terselit perasaan pentingkan diri sendiri.


13. Pernah dikhianati oleh....
Orang yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Tapi saya tidak pernah berdendam dan saya memaafkan dan saya merasakan saya juga melakukan kesilapan. Tetapi ada manusia lain yang suka menabur duri dalam daging lalu ramai yang percaya saya bersifat hasad dengki. Sedangkan apabila ia susah, saya berdukacita. Apabila ia memerlukan, saya sentiasa mengambil berat. Dan apabila ia senang, selalu saja melupakan saya walaupun saya tidak boleh menipu hati saya, saya juga ingin merasa senang dan bergurang senda bersamanya.


14. Apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda.....
Tiada apa. Saya tidak mendapat apa-apa. Tapi saya gembira andai suatu hari nanti dia berubah dan mengingati bahawa saya selalu ada untuknya.


15. Senaraikan 5 orang untuk di tag:
--saya tidak ada orang untuk ditag kerana list saya limited. Nanti orang penat pula asyik menjawab tag saya--

1 comments:

hang nadim said...

Selamat Menyambut bulan ramadhan....itu sahaja nak komen