Ramai yang jadikan isu topik ni kan? In fact kita selalu dapat pertanyaan, 'Ok ke duduk serumah dengan mak mertua?', 'mak mertua ko ok tak?' and many more. Well, as a matter of fact, ramai yang bermasalah dengan ibu mertua. Tapi ramai juga yang close dengan ibu mertua.
Memanglah, bukan selesa bila kita serumah dengan ibu mertua. Macam-macam perkara perlu diambil kira. Semuanya sensitif belaka. Ok ke macam ni? Atau tak apa ke kalau macam tu? Kita bernasib baik sebab dapat keluarga mertua yang semua boleh tahan ok nya. Dari mak mertua, bapa mertua, adik beradik ipar dan biras.
Pada kita, berlebih kuranglah. Kalau ada yang terkurang, jangan ambil hati. Yang terlebih pula, janganlah bagi muka ambil semua. Berpada-padalah. Tak ada yang sempurna di dunia ni. Macam kita, sentiasa kena bersedia kalau-kalau ada perkara yang tidak sedap di pandangan mata orang tua akan ditergur nanti. Kita nak bagi tips sikit lah hadapi duduk sebumbung dengan mertua.
PRIVACY
- Setiap orang main peranan. Mesti tahu privacy individu dalam rumah. Jangan cuba ceroboh or kepoh-kepoh nak tahu. Contoh, jangan masuk bilik orang lain kalau tidak dijemput. Dan kalau duduk dalam bilik dengan hubby, janganlah gelak terkekek-kekek atau gurau kuat-kuat. Bagi orang jelak aja.
RINGAN TULANG
- Kalau nampak pinggan dalam sinki cucilah walaupun bukan kita yang pakai. Mungkin sengaja diletak dan orang nak menilai kita. Sentiasa ingat, mungkin kita diperhatikan. Jadi buatlah sebelum ditegur. Kita beruntung sebab MIL tak pernah berkira untuk buat perkara-perkara yang melibatkan kita. Contohnya, angkatkan baju di ampaian walaupun kita ada di rumah. Siap lipatkan pula tu. Tapi kita pun bila dia dah buat macam tu, kita akan pastikan next round, kita akan buat perkara yang sama pada MIL supaya dia tak terasa kita 'pijak kepala'.
TEGURAN
- Bersedia dan terima teguran dengan tenang. Bukan kita tak pernah ditegur MIL. Even ada juga sesetengah perkara yang kita buat dapat teguran. Tapi kita tak pernah buat muka bila ditegur. Sebaliknya kita jawab sambil tersenyum dan beritahu MIL, "Sorry mak. Kin tak perasan. Tak apa, next time Kin make sure tak jadi macam tu lagi." Antara perkara yang kita pernah ditegur ialah pasal pembaziran lampu, kipas dan aircond, tak tutup pintu mesin basuh, cara lipat baju, pasal solat dan ada lagi ntah tak ingat. Hihihihi.
HORMAT
- Kalau dah tinggal di rumah orang tu, pandai-pandailah ingatkan diri jangan buat macam rumah sendiri. Mesti ada hormat dan jangan pentingkan diri sendiri. Percaya atau tidak, walaupun dah jadi isteri orang, kita masih beritahu MIL kita nak keluar rumah walaupun ke kedai. Kalau balik dari kerja atau jalan, orang pertama yang kita cari di rumah ialah MIL kalau kita keluar dengan suami. Kalau keluar seorang atau balik kerja, kita cari suami dan kalau MIL ada di luar bilik kita akan make sure spend time borak-borak 5 minit, sebiji macam yang kita buat pada mak kita sendiri. Dan hasilnya, kalau kita sampai di rumah dulu bila MIL balik dari mana-mana, dia pun akan buat perkara yang sama, borak-borak 5 minit dengan kita :).
BERKAWAN & BERSIKAP OBSERVANT
- Cuba berkawan dengan MIL. Ambil tahu serba sedikit tentang MIL. Macam kita sekarang, selepas 6 bulan serumah, kita dapati MIL seorang yang mood swings. Kita dah boleh baca bila mood dia tak ok. Dan selalunya bila dia tak ok, dia lebih senang berdiam diri dan tidak suka diganggu atau ditanya apa-apa. Jadi kita akan senyap tak kacau MIL. Nanti MIL dah ok, dia sendiri akan approach kita.
- MIL juga ambil berat dan ambil tahu tentang marriage kita dan anaknya. Ada orang tak suka MIL ambil tahu. Tapi pada kita, hubby kan anak dia. Biarlah dia tahu baik dan buruk. Tapi kita cuma share dalam 40-50%. Kadang-kadang bila dia tengok lain macam aja, dia akan tanya. Kita ceritalah sikit masalah kita. Nanti dia bagi nasihat dan ingatkan kita sifat-sifat dan sikap-sikap hubby yang perlu kita ingat. Percaya atau tidak, kalau ada tergigit lidah antara kita dan hubby,kadang-kadang kita tak cerita atau MIL pun tak tanya. Tapi MIL akan pesan, 'kena banyak-banyak bersabar. Awal-awal kahwin macam tu lah Kin..." Tapi janganlah cerita yang buruk aja. Bila ada cerita happy, share juga. Biar dia rasa happy atas kebaikan anak dia. Contoh macam birthday surprise yang hubby buat. Bila kita cerita, MIL kata "suka mak dengar kalau macam ni. Baguslah!".
DAPUR
- Hehehe kenapa kita bold kan? Sebab dapur kan tempat perempuan bermaharajalela. :P Selama duduk kat sini, boleh dikira dengan jari kita masak. Tapi MIL faham kita kerja dan dia juga faham kita tak selesa nak guna dapur dia. Kita akan tolong kalau MIL masuk ke dapur. Tapi selalunya dia suruh kita rehat aja. Kalau hari Sabtu dan Ahad kalau kita tak tidur rumah mak ayah kita, MIL dah siapkan sarapan. Kalau tidak pun, dia akan belikan. Tengahari pun macam tu. Kalau kita tak keluar dari bilik, MIL akan call tanya nak tapau apa. Kalau kita nak keluar kita cakaplah elok-elok dah plan makan kat luar dengan hubby.
Inilah sahaja untuk setakat 6 bulan sebumbung dengan keluarga mertua. Setakat ni alhamdulillah dan kita harap akan bertambah better from time to time. Dengan hubby pula, will be better from time to time. Orang baru kahwin memanglah bahagia. Tapi kita kena realistic. Ada masa tentu ada panasnya. Masa ni lah perangai-perangai malas atau kurang senonoh kita jumpa kan. Jadi, nak cari titik penyesuaian bukan mudah sebab perlukan kerjasama masing-masing dan masing-masih mesti sedia beralah.
P/S: Malam ni kita tak keluar makan dengan hubby sebab bapa mertuaku masak nasi goreng dan kami makan 3 beranak. MIL pula kepenatan jadi dah tidur awal.
Umrah DIY 2024 ( Masjid Quba & Jabal Uhud)
4 days ago
3 comments:
alhamdulillah lady and MIL ok..
hubungan ngan MIL ni kene ada give n take kan..
anggap mcm ibu sendiri..
Wah, bagusla awak nie, sabar orgnya. Mcm kita MIL tu ok tapi ada byk teguran hal bertudung/agama. So, nak berubah cara bertudung yg menepati cara muslimah mmg la ambil masa, tak boleh paksa-paksa. Jadi kdg-kdg kita jadi takut nak balik rumah MIL selalu walau 5 minit dari rumah.
Kalaula kita dpt sabar and jadik mcm awak kan best.
loe, yup btol tu. kene ada give n take n berlebih kurang..
pink, sbenanya bkn kene bersabar. tp dgn rela hati terima teguran mcm mak sendiri tegur. cuba jwb dgn senyuman mesti hati x panas.. gerenti ok punya, cubala.. hihihih (nasihat org mcm tere sgt kita ni..)
Post a Comment