pregnancy due date

Monday, August 24, 2009

Ek eh? Kan dah kena tagged!

Kan kita dah kena tagged ni hah. Siapa lagi yang tag kita kalau bukan kawan baik kita dalam tenet ni, ni hah link budak yang tagged kita tu --->http://arena184.blogspot.com/

:D

***

Tapi kita pon sama ngan kawan baik kita tu. Suka kalau kena tagged! So siapa-siapa yang suka nak main-main tag ngan kita ni, tag lah kita ya! ;)

1. Anda rasa anda hot??
**Hihihihi memanglah kita hot. Mesti ada yang mual baca kan. Tapi kita memang hot temper dan hot & spicy tang mulut tu :P

2. Upload gambar kesayangan anda...
**Nak tgk ke? Ishhh malulah. Kali ni saja tau kita tunjuk.

********************************
*****************************
*************************


3. Kenapa anda suka gambar ini??
**Sebab gambar ni ketika berumur 20 atau 21 tahun. Fringe tu kita yang potong sendiri kat depan pc. Kemudian kita amik pic pakai handphone camera kita dan terus upload. Gambar ini membuatkan kita terasa suasana ketika duduk bujang dan belajar di kolej. Pastu bila tengok gambar ni kita rasa macam muka semut. Tak tahulah kenapa.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza??
**Rasanya dalam 2 bln lepas. Kita makan dominos pizza ngan topping spicy bilis di atas thin crust. Memang sejak 1st time makan thin crust dominos, kita tak suka makan yg crust biasa lagi. Kita cuma suka pizza kat dominos dan san francisco pizza klcc saja. Hubby selalu ajak makan pizza kalau terlalu depan pizza hut. Tapi kita selalu tak nak kecuali dominos :D Jadi hubby pon makan dominos dan san franciso pizza.

5. Lagu terakhir anda dengar??
**Lagu The Climb by Miley Cyrus. Kita suka sangat lagu ni tau!

6. Apakah yang anda buat sambil selesaikan tag ini??
**Kita makan snickers dan terfikir nak pergi kedai kejap lagi.

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka di panggil??
**Let me jot down nama kita yang terlalu banyak dah ni:
shikin-kwn sekolah etc
ikin-family terdekat
kin-family in law
ryn-kwn2 zaman mirc, myspace, friendster dan mmu
nora-officemate dan customer sebab ada seorang lagi bernama shikin di tempat kerja. Dia kerja di situ dulu jadi dia dapatlah guna nama kami tu. :D
misery/sery-utk kegunaan kwn2 di forum. So jika ada yang memanggil nama ni, maknanya kwn forum lah tu.
adik-hubby panggil kita dengan nama ni. :)

8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan...
** Kita dengan berbesar hati nak tag sesiapa yang sudi buat. Bukan tak nak pilih ke apa. Tapi sebab dalam list kita taklah banyak sangat orang. :D Jadi sesiapa yang nak buat, Saya tag semua orang yang sudah baca ini tag! Sila tinggalkan msg dalam comment supaya kita tahu siapa yang dah baca tag kita dan terkena tag :P

Lepas tu ada soalan susulan kalau anda pilih 6 orang kawan anda. Soalannya,

****Siapa no.1 kepada anda??

****Bagaimana pulak no.3??

****Pendapat anda pada angka 4??

****Kata sesuatu tentang orang no.2??

Ok selamat berpuasa kawan-kawan!!!

Sunday, August 23, 2009

MAC, I am just so into you!

Today, nak buka puasa kat umah mak kita kat Kajang. Lepas tu nak ke Pavilion. Kita nak gi cari scrub muka dah habis. So kita nak tengok-tengoklah apa facial scrub yang best. Kita geram sekarang ni pakai biotherm macam dah takde effect. Kalau memula pakai dulu, tak payah pakai scrub pun tak apa. Sekarang ni makin tak ada effect. Geram betul!

Kita nak kena juga carik facial foam baru ngan facial scrub. Skincare lain tak payah sebab banyak lagi. Lagipun yang lelain ok je tengok macam toner and mosturizer. Kita kena beli this week sebab next week or another 2, Im going to buy a foundation for my skin.

As usual, I go for MAC atau nak juga try Laura Mercier. Tapi tak pernah try lagi. Dulu pernah pakai Shuemura. Tapi kita dapat rasakan orang yang berkulit gelap memang tak sesuai dengan Shuemura. Nampak bercapuk dan not even. Especially bila berpeluh, terus bercapuk-capuk. Tak macam MAC. Masa majlis bertandang, makeup artis kak Surya Zainul guna Shuemura. Tepuk dahilah kita. Dalam pic nampak ok. Tapi realiti memang dah capuk sana sini.

Kita berkenan ngan Laura Mercier yang ni.. Sesuai untuk acneprone skin dan oily skin! Is this the one Im looking for?



MAC pulak..








Tapi setelah kita review, kita berkenan ngan yang ni, sebab mineral pastu ada vitamin C dan E, ada SPF15 of course dan untuk normal skin.


But anyways, kita akan ke counter MAC kat Midvalley sebab kita dah ada personal SA kat situ. Maybe nak cari 4 color untuk eyeshadow. Goal kita tahun ni, nak habiskan semua lipstick baru kita cari yang baru. Asyik membazir beli baru tapi habisnya tidak juga. Foundation ni pun kita nak beli setelah kita habiskan 3 jenis foundation yang kita ada dari macam-macam jenama :D. Alhamdulillah berjaya juga habiskan. Jadi taklah rasa membazir bila beli yang baru.

Kita ni actually critical shopaholic. Tapi kita muhasabah diri. So tahun lepas kita berjanji akan stop beli barang yang kita dah ada. Abaikan segala iklan-iklan so bila 1 jenis barang tu dah habis, baru kita boleh beli yang baru. Dan kita juga dah tak beli iklan dah. Dah keras hati sekarang. Tapi once in a while penyakit gila nak membeli ni datang. Kita selalu ajar diri kita cakap 'mahal, mahal, mahal, sayangnya duit, penat aku cari duit' and so on. Memang berjaya. Tapi kadang-kadang tu, sudahnya barang yang betul-betul penting pun kita terus letak balik sebab dah tersaiko dengan ayat-ayat dalam kepala. Sampai umah baru rasa susah sebab barang yang betul-betul penting pun tak jadi beli. Hahahaha.

Saturday, August 22, 2009

Entry Untuk Puan Nuwoo8!!

Kita ada hutang! Hutang ngan tukang buat hantaran kita, Puan Nuwoo









Puan Nuwoo, seperti dijanji, ini dia pic hantaran awak. Sorry lah ya. Separuh yang hantaran lelaki, separuh lagi hantaran yang pompuan tau! Busy melampau tak sempat nak bagi. Pics from Syahrin Aziz.

Sayangku Ada Gout!

Kesian my MAB. Kan few entry yang lepas kita cakap kita busy and banyak dok layan hubby kita sakit kan, actually he has been diagnosed to have gout.

Since not many people having this, people out there might not know what gout is. Gout is a form of arthritis that causes sudden, severe attacks of pain and tenderness in some joints. You can see symptoms like burning pain, as well as swelling, redness, warmth, and stiffness in the affected joint. Hurmmm sampai merah n bengkak kaki my MAB. Sampai kena pakai ampuh yang untuk orang kaki patah tu. And kalo pijak kaki memang sakitlah. Kadang-kadang time tido ada kita tertendang kaki dia. Menjerit dia. Sorry cayang..

Ok back to the topic, punca gout ni adalah daripada uric asid yang berlebihan hasil daripada pengambilan protein dalam kadar yang berlebihan. From the doc, he said, gout is not curable but fortunately there are ways to reduce and prevent from the swelling to reoccur. Alhamdulillah..

So the best way is, jaga pemakanan. Tak boleh makan daging merah, seafood, kekacang, cereal, sayur-sayur kekcang dan tomato, dan jajan. Tahu tak jajan tu apa? So sekarang only healthy food for you sayang! No more canned drinks, no more steaks and kacang! Tapi once a month kita cuba jugak makan tapi dalam small quantity ok.

As for me, this is way for me to have a continous diet. Kadang-kadang bila untuk diri sendiri, kita tak ada disiplin nak buat. Tapi bila sebab orang yang tersayang, kita gagahkan buat sebab itu adalah tanggungjawab kita kan..

Ramadhan, Nawaitu dan Azam Saya!

Alhamdulillah, I have the chance to meet Ramadhan again. But this time around, I have an additional of people in my life to celebrate with especially with my MAB.

Ramadhan is the ninth month of islamic calendar. On this particular month, we, as a muslim, will refrain ourselves from eating, drinking, smoking, and many other things for the sake of Allah. And to get the barkah, we do it sincerely to learn patience and pray more.

Tahun ni, kita bukan berpuasa menahan lapar dan dahaga je. Wallet kita pun puasa. Kita tak nak spend sesuka hati. Kita tak nak shopping tahun ni sebab masa buat baju kahwin, kita dah tempah 5 pasang baju kurung moden. So buat apa nak membazir kan. My MAB plak dah dapat 2 baju melayu dari man kajang (kalau tempah baju kahwin ngan man kajang, baju melayu lelaki dia bg terus kecuali jaket dan kain samping). Dia ada 1 warna peach dan 1 lagi warna navy blue. So ok lah kan.

Cuma ada tak ada, kita nak beli selendang dan kasut. Itu pun sebab masa beli kain, tak sempat nak beli selendang. Yang selendang berlambak-lambak dalam almari kita dah sedekah pada orang. Semua elok-elok lagi sebab bila kita pakai sekali and buat jalan, tengok macam tak cantik or kita rasa tak serasi je ngan tudung/selendang tu kita terus tak pakai dah. Baju pun macam tu lah gamaknya.

Dan selain dari nafsu membeli, kita nak lebihkan nafsu beribadat. Mungkin kita masih tak mampu nak pergi solat terawikh setiap malam. Jadi mungkin kita akan stay di rumah, cuba lebihkan ibadat dengan bersolat dan membaca al-Quran. Kita harap sangat dapat khatam bulan ni. InsyaAllah semoga tuhan permudahkan kita.

Pagi tadi kita sahur, kita buat garlic bread dan mushroom soup dan air kopi. Sedapnya! Pagi esok pun cuba nak sahur light meal je.



Kita cuba untuk tak mengidam makan banyak-banyak puasa kali ni. Apa yang ada syukur alhamdulillah. Mengenangkan nasib anak-anak mangsa peperangan, kita rasa betapa anak-anak ini tidak mengenal erti berhari raya... Alamak sedihnya :(

Jadi azam kita memang tak nak berbelanja lebih. Kita nak puasa untuk kesihatan mental dan fizikal. Mungkin lebih-lebih pun kita nak belikan buah tamar untuk keluarga kita dan mertua. Kuih raya pun kita kena bagi pada keluarga kita dan mertua. Biarlah adil kan. Lepas tu, kena sediakan duit raya untuk adik-adik kita jugak.

Pada semua bloggers, kawan-kawan dan saudara mara, kita ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan tunjukkanlah kesyukuran kita dengan penuh keikhlasan. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Pada kawan baik kita, Akmaelinda yang berpuasa dan bersahur dan berbuka kat Dublin, selamat berpuasa. Sila drop adress anda dalam comment box ini ok. Ada something for you babe. Be good and love u!

Monday, August 17, 2009

Tagging Game Lagi. Anda Mahu Ditag?

Huh, dah beberapa hari kita tak dapat online sbb busy dan rasa penat nak berehat je. Kita banyak dok terbaring and golek-golek borak ngan hubby sepanjang weekend. Tambah pula hubby kita tak sihat. Dia sakit. So banyak spend time teman dia berehat. Nanti kita buat entry apa sakit hubby saya..

Ok! Kali ni Puan LOE telah mengetagged kita! =D

1. Apa perasan sekarang..........
Tengah merehatkan minda dan badan. Tengah mencuba mengosongkan minda untuk lebih tenteram. Saya juga rindukan mama dan abah saya.. Kalaulah mereka tahu..


2. Saya nak makan nasi.......
goreng sotong!


3. Saya x suka orang yang.....
telefon bf/gf setiap 5min dan menelefon orang-orang yang rapat atau serumah dengan bf/gf dia untuk mengorek itu dan ini. Keji dan jijik. Sorry if ada yang terasa. Tapi saya fikir, setiap orang di dunia ini berhak menikmati hidup dengan tenteram dan aman.


4. Impian saya menjadi.......
orang yang boleh berkata tidak pada sesuatu dan benar-benar memaksudkannya. Saya juga ingin menjadi anak yg baik, isteri yang soleh, umat Allah yang lebih beriman dan berpekerti molek. InsyaAllah.


5. Haiwan yg saya tidak suka......
Saya rasa semua ciptaan ada unik dan tersendiri tetapi saya tidak suka babi kerana banyak penyakit menular kerana babi. Kenapa golongan pemakan babi masih tidak sedar? Dan tidak sedarkah mereka Islam agama yang lengkap dan relevan apabila mengharamkan umatnya memakan babi?


6. Saya harapkan dapat.......
Lebih berjaya dan dilimpahkan rezeki kerana saya berniat besar untuk membantu orang-orang yang memerlukan.


7. Jika boleh diputarkan masa saya nak.....
pulang ke zaman kanak-kanak saya. Saya tidak perlu menyatakan sebab kerana terlalu peribadi dan saya cuma ingin memulakan semuanya dengan lebih baik dan cemerlang. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah menyesal dengan hari-hari yang telah dilalui kerana walau ada pahit, pasti terselit madunya..


8. Saya pada 10 thn akan datang......
Sudah memiliki jawatan yang bersesuaian dengan jiwa dan kebolehan saya, memiliki anak-anak dan suami yang perlu diisi perutnya. Tapi saya tak nak perutnya besar :P


9. Hp saya adalah...
Nokia 6288. Saya nak tukar hp tapi saya tengah mencari-cari hp yang betul-betul lain daripada yang lain dan paling penting saya mahukannya berwarna merah seperti camera Sony saya.

10. Saya pernah bercinta sebanyak...
Banyak kali. Dah tak larat menghitung. Tiap kali saya bangun tidur, saya rasa jatuh cinta dengan orang di sebelah saya :D


11. Saya suka pada handphone...
Yang berwarna merah, sexy dan ada style, user friendly dan nampak sophisticated.


12. Kawan2 saya smuanya....
Ada yang baik hati dan ada juga yang pentingkan diri sendiri. Tapi saya percaya setiap orang terselit perasaan pentingkan diri sendiri.


13. Pernah dikhianati oleh....
Orang yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Tapi saya tidak pernah berdendam dan saya memaafkan dan saya merasakan saya juga melakukan kesilapan. Tetapi ada manusia lain yang suka menabur duri dalam daging lalu ramai yang percaya saya bersifat hasad dengki. Sedangkan apabila ia susah, saya berdukacita. Apabila ia memerlukan, saya sentiasa mengambil berat. Dan apabila ia senang, selalu saja melupakan saya walaupun saya tidak boleh menipu hati saya, saya juga ingin merasa senang dan bergurang senda bersamanya.


14. Apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda.....
Tiada apa. Saya tidak mendapat apa-apa. Tapi saya gembira andai suatu hari nanti dia berubah dan mengingati bahawa saya selalu ada untuknya.


15. Senaraikan 5 orang untuk di tag:
--saya tidak ada orang untuk ditag kerana list saya limited. Nanti orang penat pula asyik menjawab tag saya--

Wednesday, August 12, 2009

Tagging Game! Mari Kita Tag Dia!

Saya telah ditagged oleh Puan Zatty

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini.


1. Telah berkahwin dan mempunyai baby (2 fakta ni tapi selit jadi 1 la kayh :D)

2. Dia saaaayyyyaaangggg hubby dia!

3. Dia fotogenic dan fotogedik :P

4. Rayna panggil dia mama.

5. Bila dia senyum untuk ambil gambar, tang senyum dia persis ROSSA!

Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.

1. Sukakan kanak2 dan org tua2 :D sebab saya tidak beratok dan nenek sejak kecil...

2. Saya saaaayyyyaaanngggg hubby saya.

3. Saya lahir tahun 1985.

4. Saya suka berfoto gedik.

5. Suka bangatttt sama warna merah!

Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.

1. Berenang

2. Tengok movie/drama love story.

3. Shopping atau paling tepat suka habiskan duit.

4. Pergi reflexology dan body massage.

5. Baca magazine dan novel.


5 orang penerima tag yang seterusnya.

1. LOE yang rambot lawa!

2. Damiqula yang suka berceloteh!

3. Uncle Lee who is gifted with lots of sense of humor.

4. Emilia yang hot mama!

5. Kak Eynda yang berkulit cantik!

Sunday, August 9, 2009

Rambut

Recently I have made my waist-lenght-hair shorter about chest length. I have always been admiring long hair. But wearing tudung does not allow me to have that long. Busyness is killing me. I need more time to shampoo and dry out my hair everyday. So the result is to cut it shorter. Yes, every time I cut my hair, I do cry. And back few days, I did!











OK DAH PENDEK!

Next week, to have new color! I have to make a move now. I just tired of being at where I am now. Going to have shower and out I guess.

Saturday, August 8, 2009

MAKAN SODAP @ BAGAN LALANG

Hello! Serabut je semlm sbb system slow sgt2. Nak key-in submission azab sgt. Sampailah dah petang pon pening. So kita bagi camera kat man-abe guard yg dok kat dpn kitorang kat backroom bank ni. Camwhoring jap sementara tunggu cik ekin layan customer kat depan. After dat, kitorang nak gi Bagan Lalang terus. Nak gi book tempat and order makanan. Lepas tu baru bosses and kwn2 yang lain akan menyusul...

***Dah mcm tudung makcik dah. Makcik tensen masa ni***

***Hah percaya tak? Makcik dah kata makcik tension. Atas meja tu penuh ngan kerja-kerja terbengkalai. Dah la nak cuti hari Isnin...***

Ok dah enough la Puan Cikin. Hubby kita je suka mention nama kita 'Cikin'. Memula dulu masa time baru-baru kawan, kita marah. Tapi lelama dah imune pulak. Dalam handphone pun masih kekal lagi nama kita dia letak 'Cikin' seketul mcm tu.

Ok so Ekin and me - yup nama sama...

Ekin and me made a safe journey to Bagan Lalang. Kitorang order ketam, sotong, ikan, udang, kerang, pepahat and jus!

***Teman tapi mesra gue Cik Ekin***

***Kak Rozy ni gebu tau***

***Ni bos Kak Rozy***

***meja panjang ni to be occupied by 27 people!***

***Depa ni dok jaga makanan. Kitorang dok chop pinggan-pinggan yang best. Jahat kan?***

***Berpeluh-peluh dah masa ni. Sunset tau.***

***makanan dah sampai! I cannot resist ketam!!!***

***sotong goreng tepung, udang tiga rasa, ikan terubuk dan siakap bakar, ketam cili dan pepahat cili telur***

***ikan terubuk favourite! masak lomak pon sodap!***

***geng-geng dah start arriving***

Time ni memang dah tak sabar nak ngap dah. So by the time meja panjang ni diduduki semua orang, dah tak ingat camera dah. Bye-bye camera. Aku nak mkn!

*****************************
**********************
**********

***disnap oleh cik ekin yang cepat betul dia sector clear pinggan. Diet la tu. Ko jangan nak cover line ek! Kitorang masih berusaha gagah perkasa ni! Tengok tu yg baju merah tu - kak finaz. Tangan dia dah standby nak sumbat dlm mulut. Lepas flash keluar je, terus selamat dalam mulut.***

***Kak Rozy yang dah tak sabar nak balik ngan Miss Thoo. Dorang kena cepat sebab nak balik branch. Branch tengah relocating. So nak pindah barang. Tudung saya pulak dah huru-hara. Tapi saya tak kira. Makan yang paling penting.***

***Ok ni pinggan saya yang penuh! Tapi lepas pic ni diambil, saya sambung makan lagi hockayyy!***

Alhamdulillah rezeki. Dapat lagi makan seafood. Dua bulan lepas datang makan kat Bagan Lalang ni ngan family kita. Hubby tak ikut sebab ada kerja masa tu. Bulan lepas makan seafood kat Pernu, Melaka dengan cousin and aunty. Bulan ini sudah dapat, tetapi buat masa ni, kita masih merindui seafood. Jadi esok lusa mungkin kita makan seafood lagi.. :D

Tuesday, August 4, 2009

Suami Yang Keseorangan, Si Kecil Yang Kerinduan...

I have a truly sad story to share... :(

This morning, a man walked-in to my office and the purpose was to get a death claim form for MRTA (mortgages term assurance - where you are protected and in the event of death, the debts will go to zero and the property belongs to your nominees; spouse, children etc.)

So I asked him, concerning to the form, for whom he wants to claim for?

Mr H: Isteri I. Dia meninggal bulan 6 lepas.

Me: Takziah. Boleh I tahu puncanya? - kita tanya sbb kalau kematian berpunca daripada sakit yang tidak di-declare walaupun telah diagnosed lebih awal ada penyakit, insurans tidak akan bayar atau cover.

Mr H: Sebab sesak nafas... Dia pregnant. Dah 30weeks. Tapi ada prob sbb uri kat bawah. So doc suruh kitorang warded supaya dia dlm supervision sbb baby nak dikeluarkan dlm 32weeks. Takut withing that period, ada berlaku pendarahan. At 1st nak masuk panel tapi bila mengenangkan 2-3 minggu, mahal and tak cover, kitorang pilih Hospital Putrajaya.

Me: Oh... encik ni husband arwah kakak yg keje kat RHB Presint 8 ke? - our branch used to be next door ngan RHB while we were at Presint 8.

Mr H: A'ah u kenal Kak L?

Me: Tak delah kenal sgt tapi kenallah neighbour kan.. I ada dengar cite ni. Sbb bebudak RHB ada beritahu. Sedih dengar cerita dia. Kesian arwah...

Mr H: I pon ralat sgt. Sebab dia masuk hospital, 1st day I makan2, borak2, gelak2 ngan dia kat ward dia. Esok paginya doc call suruh dtg kata dia sesak nafas. I sampai tgk dia dah pakai alat bantuan pernafasan. Lewat 15minit lepas I sampai, dia meninggal. I ralat sebab dia lansung takde tinggal pesan atau apa2 pada I. Dan baby pun meninggal.

Me: Kan supposed doc akan advise if salah satu je dapat diselamatkan? In your case, I strongly thing, doc tahu your wife dah critical and nothing much to do. So baby patut diselamatkan.

Mr H: Family I pun ckp mcm tu. Rasanya ada something wrong. Patotnya dia advise selamatkan baby. Tapi lansung takde. Tau2 je both dah meninggal. And MIL nak buat postmortem. Tapi I tak sampai hati. I biarkanlah arwah pergi dgn aman, dan baby pon kebumi sekali. Baby kitorang masih ada dlm rahim arwah.. -air mata Mr H dan saya dah start berlinang...

Me: Takpelah Mr H, saya tak pandai nak tenangkan orang sebab, berat mata memandang, berat lagi bahu you pikul.

Mr H: Arwah tinggalkan anak kitorang umur 3 thn.

Me: Kesiannya dia.. Tapi takpelah masih ramai ahli keluarga yang sayang dia. Walaupun tak sama dgn ibu dia sendiri.

Mr H: Itulah. Sekarang ni bila I amik dia balik rumah, sampai je depan rumah, dia nampak kete mama dia, dia akan cakap "tu kereta mama. Mama dah balik!" Saya dah penat beritahu mama dia dah takde... -air mata Mr H dan saya mula bergenang :(

Me: Kesiannya dia... -pandang ke tempat lain dan terkenangkan seorang anak kecil yang dahagakan belaian ibu, rindukan setiap saat bersama ibu tersayang.

Mr H: Saya kemas baju arwah hari tu. Dia nampak terus dia cakap "hah, ni kan baju mama baru pakai, baru basuh! Mama ada lah!"


********************

Saya tak sanggup lagi dengar. Saya cuma memberikan beberapa patah kata-kata semangat. Selebihnya, hanya empunya diri yang tahu betapa sakitnya rasa rindu, sedih dan keseorangan kesepian. Anak kecil tu pula, tentulah lebih-lebih lagi. Di manakah pelukan hangat ibu yang tiba-tiba hilang? Di mana senyuman dan gelak ibu yang tiba-tiba tidak lagi dapat dilihatnya?

Sunday, August 2, 2009

About Today

Today I woke up quite earlier. Had done my shower and now waiting my hair to be dried. Im going back to my parents' house in a minute. I was supposed to balik yesterday but my couzy and aunt are there so my room is fully occupied. So I'd better stay here and today we going to create activities before they go back to Singapore.

Well, current event in my mind is, Pesta Flora Putrajaya. I think you guys should go since Ive been noticing the progress of building a special huge tent for the event quite sometimes. And I guess it is quite a huge event too. Lets see if they would like to join me.

Other than that, oh... maybe teppanyaki pavilion? LOL. Well I wanted to bring them to Bagan Lalang so much but since they normally go back before the night goes midnight, I think I have to find other activities.

What yours? Care to share so that my weekend wont be dull...

Saturday, August 1, 2009

MAKAN SODAP @ PAVILION

Hye korang! Semlm kan I sepatutnya kena gi team building kat PD. Tapi my MAB aka hubby tak bagi gi. Dia ckp sbb H1N1 so better dont go. Dia tak nak lah anything bad jadi. Kita tak tau lah bos marah ke tidak ke. Tapi definately on Monday kita kena hadap depa. Mampuih la :(.

So kitorang ingatkan nak quarantine badan kitorang ni dlm umah je. Buatlah apa2 yg patot kan...
Tapi tetiba lak kita craving nak mkn teppanyaki kat foodcourt pavilion. foodcourt kat situ berhantu kayh! masuk2 je semua makanan nak beli. Tapi main cuisine yg kita ngah angau sgt, tentulah kita kejar dulu. Mmmg licin tau kita mkn. Sedapnya. Hari ni kita dah start craving teppanyaki lagi. Rindulah!

I would prefer teppanyaki kat pavilion ni sebab different dari teppanyaki yg selalunya cuma ada beef and ayam. Cuma kat sini tak ada gyoza je ngan fuji mountain.







***kita ordered seafood combo meal RM32 (nasi+udang+sotong+ikan putih+oyster+sup)***

***chef tgh masak kita punya order :)***



***hubby ordered sirloin roll RM15 (nasi+sirloin yg digulung dgn sayur+sup)***



***nyum... sedapnya syg punya***

***me punya, ready to be eaten!***

***sawi ni mmg dia masak yg paling last. superb gak sawi ni***
Lepas makan, hubby dan kita naik ke tingkat atas untuk beli tiket wayang. Kitorang pilih "SETEM" by Khabir Batia. Ok kita recommend sgt korang tgk cite ni. Best dan kelakar! Dan tak bosan. Intinya full! Show kitorang pukul 11.40pm. So kitorang turun ke foodcourt balik. Hahahaha kitorang mcm hantu lapar semlm. So kitorang beli tau foo far, soya bean ngan char koi inti red bean and inti lotus for me. Sebenarnya kitorang kepingin mkn nasi goreng daging kat tepanyaki tu. Nampak sedap. Tapi gerenti tak habis kalau order. So kitorang dah ada next menu utk dimakan kat sana untuk next visit!

Friday, July 24, 2009

Home Financing/Refinancing

Life has been veryyyyyyy busy for me recently. Many task on my table and I have to cope with many things. As at the moment I am doing loans and investment, I have various type of works loaded on my table! And sometimes I even get confuse and what not, I even have gotten the wrong person for the wrong product to key in. So now, I have to keep my time specially to double check on the submission and the owner. Wrong name, wrong product, it means I will be dead meat! :P

Well today, I am going to write about home financing. For 1st time buyer, who is looking for a new home to buy, yes, it is a good time to buy as our BLR has gone down to 5.55 compared to 6.75 last year. And after deduction of the rate, my bank offering rate of 3.7% p.a to customer. Few years back, many people suffered of paying about 7-10% interest p.a. So what are you waiting for? Find a home and finance it.

What if you do not have sufficient fund for financing? You still have solutions! And I am going to tell you a secret. If you having difficulties in sparing 10% of your money or lets assume you do not have money for the down payment,I would normally get the best price for you so that you could run from paying the 10% down payment of the property's price. Just whisper to me. I would try my best to keep you easy.

For you who already own a house, what are waiting for? Refinance your home to get lower rate AND get extra money for renovation or if you in need of cash, yes, refinancing is the solution.

And for you who does not have any properties, buy property. Why? Later when you are in need of money, you can always refinance you property base on the market value and get the extra money for your usage! Simple! If you have any questions, do not hesitate to ask, I will guide!

P/S: See, I told you that I am superbly busy. Sorry for not being able to drop by your blogs peeps! Tomorrow I am going back to hometown for kenduri and wont be reachable. To all of you, have a nice weekend with hubby n family!

Friday, July 17, 2009

To Do List!

Ok sekarang ni ada hutang yang perlu dibayar:-

-->entry gi genting (xleh nk buat coz now kat umah mak kita. cable camera kat umah MIL)
-->tagging game dr LOE pun ada hutang. sbb pic kucing kita pon xde kat laptop ni skang. pendrive tetinggal kat umah MIL...

Sekarang ni ngah dok nak main farmville kat facebook. Hubby lak ngah tido dia pening kepala. Dah bg dia mkn panadol tapi dia belum mkn mlm lg. So let him sleep 1st, jap lagi kita nak kejut ajak gi menyumbat perut. Bermakna kita yg dah mkn ni pon kene mkn lagi sekali :D

Esok pagi nak pergi ofis ada kerja-kerja yg perlu disiapkan dan byk perkara juga kita nak prepare so next week kita dah mudah.com.my

Pada u ols sume, selamat berhari weekend bersama hubby/family tersyg!!!