pregnancy due date

Saturday, July 3, 2010

Long updates! Pindah rumah + Shoppng + Baby!

Salam all!

Been very busy for the whole month sebab kita dan hubby sibuk pindah rumah. Streamyx pun tak register lagi. Astro sudah registered tapi pemasangan ambil masa more than 2 weeks disebabkan piala dunia. Huh! Bosan! Biasalah dulu kita menumpang rumah mak mertua, jadi bila pindah rumah semua nak kena beli. Tapi kita buat phase by phase la sebab preparation untuk ahli keluarga baru pun perlu dibuat sebab kita dah 7 bulan sekarang.

Masa genap 7 bulan (last week) kita ke Langkawi ikut trip office so kesempatan ni diambil untuk beli periuk Tefal. Rasa berbaloi sangat sebab kita pakai induction cooker so kuali atau periuk mesti guna yang special dan harga pun boleh buat botak kepala :p. Bayangkanlah kalau Tefal non-stick fying pan harganya RM300+ kat mall, kat sana kita dapat RM100. Kalau yang stainless steel pan, harga mall RM260, kita beli kat sana RM160 :D

Anak kita dah pandai apa? Sekarang ni kalau keluar sampai lewat malam atau dia dah letih , dia pandai keraskan badan dia atau buat gerakan moody dia. Kita tau sebab bila waktu ni, terasa dia menekan kat pundi kencing. Nanti kita duduk rest, dia pun kendurkan badan. Perut memang naik mendadak sejak masuk 6 bulan setengah hari tu. Sayang mummy ni dah besar! Kalau dia bergerak tu bergoyang baju mummy and lately ni baby suka dok menyenget ke kanan. Kang mulalah perut mummy senget.

Untuk budak kecik ni, mummy dah beli barang2 penting dia. Barang besar macam babycot, almari, stroller, toys belum beli lagi. Yg tu nantilah 2nd batch kang. Duit keluar macam paip bocor sejak sebulan dua ni. Kita dah beli sleepsuit, bodysuit, long pants, shirts, mittens and booties, cap, botol susu, kain bedung (swaddle), pengetip kuku, socks, scarf dan toys shape ulat. Nanti kita upload pic.

Esok kita genap 29th weeks. Kita nak kemas beg standby dalam kereta. :) she's gonna be with us soon. Kawan-kawan doakan kami selamat dan sihat ya. Kalau ikut plan asal, nak deliver kat Prince Court tapi memandangkan jauh, kita habis fikir, kita nak deliver kat KPJ Kajang sahaja. Tak mahu tanggung risiko.

Ps: kawan-kawan, nanti kita visit page korang bila ada kelapangan, pc dan streamyx. Pada kawan-kawan baru yang start visiting page ni, nanti kita visit page korang k. Keadaan tidak mengizinkan sekarang, bukan kita sombong tau..