pregnancy due date

Thursday, February 25, 2010

Bleeding & Check-up

Hari Selasa lepas, kita keluar darah time kat ofis. Tapi tak lah banyak. Keadaannya macam lendir bercampur darah dan sangatlah ciput. So kita tunggu next round buang urine, tengok ada ke tak. Tengok tak ada. Lega rasa. Tapi balik je rumah, sampai dalam pukul 8pm tu, rasa keluar darah macam spot 1st day kita period. Teruslah bergegas ke An-Nur Bangi.

Doc scan dan kita nampak dengan jelas baby kita yang cukup sifat, siap dengan kaki dan kepala. Kita nampak dia moving, kaki mcm tendang-tendang. Tiba-tiba dia melompat. Hahaha sangat adorable dan memang feeling tu sangat special sebab kita tak expect pun budak kecik ni dah sebesar itu. Last time tengok cuma macam sebiji kacang, tecittt sangat. :D Alhamdulillah nothing serious happens. Doc bagi ubat kuatkan rahim. Dan darah bukanlah keluar major sangat. Secalit-secalit je everytime dia kuar. Balik rumah, malam tido tak ada keluar. Esok pagi kat ofis ada. Lepas tu the whole day tak ada. Up till now tak ada. Alhamdulillah.

Doc tu pun sangat baik and she kept on saying "comelll nya. Comel kan? Tengok tu dia gerak-gerak, tendang-tendang. Now dia kecik lagi thats why u tak rasa... Kita cari angel lain pula k..." She made me even more excited. Thanks doc for being such a great companion.

Dan pagi tadi kebetulan pula, hari kita start buka kad untuk monthly check up kat An-Nur. Baby ni nak sangat mummy tengok dia awal before hari ni. Tu yang saja dia bagi mummy terpaksa gi klinik awal kelmarin tu :P So tadi dapat jumpa budak kecik ni lagi. Seronok rasa tengok dia. Dan of course lega sangat tak ada apa yang serius. Dan hasil check up tadi, so far so good.

Esok Maulidur Rasul. Nak ajak hubby gi LowYatt for handphone hunting :D. Dah berbulan dok fikir nak handphone apa. Akhirnya kita buat keputusan untuk lari dari keselesaan pakai Nokia. Sejak dari dulu, tak pernah pakai handphone lain selain nokia. Bila sampai kedai je walaupun azam na kbeli handphone lain, akhirnya Nokia juga yang dirembat. Tapi nak jadi mummy ni kena start belajar jadi firm. Nanti kena firm ngan baby kan.

Pada aunty-aunty semua, have good rest starting tommorrow untill Sunday! Happy holidays!

Friday, February 12, 2010

Bulan Februari...

Hai guys! Apa khabar? Lama kita tak update blog. Kita busy dan kita sakit. Last week, 1hb, Wilayah Persekutuan cuti. Masuk je kerja 2hb, kita demam teruk. Lepas tu kerja half day walaupun tak half sangat. Kita balik dalam pukul 4 la. Pukul 3 dah tumbang duduk je kat back office, berselubung. Alhamdulillah gi klinik, scan semua, everything is fine cuma doc kata demam kita tinggi.

Kita mungkin demam terkejut kot. Sebab kat tempat kerja, buddy kita, Kak Finaz and Shekin (yeah nama sama spelling je lain) dah ditransfer ke tempat baru. Kak Finaz ke UPM branch and Shekin ke KLIA branch. Memanglah kita rasa macam hilang tempat bermanja, menangis, ketawa dan segala-galanyalah. Banyak rutin kita yang berubah bila dorang takde. Contohnya dah tak ada teman nak breakfast, gi pasar tani dan gosip-gosip celah-celah kerja tu... Im gonna and have already missed you guys alot. Hehe kat dorang tak cakap sangat. Mummy ni kenalah tunjuk strong kan. :P

FYI, kita pun akan berpindah juga. Kita akan pindah ke Cyberjaya branch effective 1hb Mac ni. Jadi minggu depan kita dah kena start packing lah. Kita terima semua ni dengan hati terbuka dan positive. Cuma siapa yang tak sedih kan. Kita dah duduk bertapak kat Putrajaya branch tu dekat 2 tahun lebih nak masuk 3 tahun dah. Tak apalah, kita mengorak langkah cari prospect baru dan business baru. Doakan rezeki dan peluang kita cerah kat sana ya! Kita percaya, rezeki tu Tuhan bagi kat mana-mana. Yang penting usaha dan tawakal.

Kat Cyberjaya, kita ada buddy baru, Kak Rozy. Nasib baik Kak Rozy ni memang ngam satu kepala. Jadi terubatlah kerinduan walaupun yang berganti tu tak sama dengan yang lama. Dan yang lama tu memang tak sama ngan yang baru. Tapi kita gembira jugalah sebab kita n Kak Rozy memang selama ni dok sayang menyayang walaupun lain branch. Agak rapatlah. Tak sangka dapat kerja sama-sama lak pas ni.

Ingatkan nak letak pics tapi nanti kita sedih pulak.

Weekend ni cuti sampai Isnin dan Selasa. So kita nak wish pada semua selamat beristirehat dan pada kawan-kawan yang berbangsa Cina, selamat bercuti dan Gong Xi Fa Chai.

P/S: Yup, kita dah letak pregnancy ticker :D Rasa seronok rupanya nak jadi mummy ni kan...