Tuesday, September 21, 2010

Introducing Our Little Bundle of Joy!


Nurzahra Amanda during her 2nd day!


Nurzahra Amanda during her 5th day!

NAME: NURZAHRA AMANDA BINTI MUZRI
D.O.B: 07 SEPTEMBER 2010, TUESDAY, 4.10PM (tho I really wanted to make it on 08.09.10, but Allah knows better :)
P.O.B: KPJ SPECIALIST, KAJANG
WEIGHT: 3.57KG
HEIGHT: 51CM
METHOD: EMERGENCY C-SECTION

MY BIRTH STORY

Kita pergi ke KPJ untuk 38th weeks check-up. Gynae nak check sudah ada bukaan rahim ke belum. So dia mulakan proses seluk menyeluk, kita dok ckp 'ouchhm, sakit... sakit... dan tiba-tiba:-

GYNAE: woopss dah terpecah

ME: apa yang terpecah? hahh? (blur dah)

GYNAE: dah kene admit... waterbag dah terpecah...
-sambil tu gynae pandang nurse dan arahkan ambil wheel chair-

ME: hahhh? boleh tak I balik dulu kemas apa-apa yang patut coz we all tak prepare apa-apa...

GYNAE: mintalah husband buatkan... u kene duduk wad...

ME: -blur sambil duduk atas wheelchair... muka dah tak boleh blah. husband pun macam shocked n blur tak terkata apa...-

Sambil ditolak keluar, air mata berjurai. Rasaterkejut dan macam tak sangka doktor terpecahkan pulak. Kene duduk wad 1 malam, minta hubby kemas apa-apa yang patut dan bawakan beg yang dah siap tersadai tepi pintu bilik dan belikan segala makanan yang kita teringin nak makan, termasuk secret recipe dan kuih raya, sebab esok pagi masuk labor room...

Labor Room Story

8pg diberi breakfast roti dan jam bersama milo panas. Lepas tu dicucuk sabun dan kita terus ke tandas untuk proses itu dan mandi. Kita mandi lengkap dengan cuci rambut supaya rasa fresh dan bersedia.

Dalam labor room, pukul 10.15 kita telah dimasukkan air dan dipasangkan CTG machine, pukul 12 kita telah diberi epidural diikuti ubat contraction. 2 jam kemudian, segala-galanya berjalan lancar, bukaan telah melangkau 5cm. Ketika ini, midwife seluk dan pecahkan waterbag (jadi yang semalam tu bukan waterbag yang pecah, tapi membran pintu rahim yang pecah). Pukul 3ptg, midwife mula duduk dan asyik perhatikan CTG machine. Bila kita tanya, dia cakap, dia akan reducekan ubat contraction sebab heartbeat baby tak stabil. Lepas 10min dia masuk, dia kata heartbeat baby sudah ok, stabil tapi CTG tunjuk, mummy tak ada contraction langsung. Pukul 3.30ptg, gynae masuk dan kata kita kena go through emergency c-section coz baby tak boleh cope lagi dah...

Masa ni hubby balik rumah kejap, kita minta dia siram pokok bunga kita dan few things lagi. Kita sms dia dan cakap kene emergency c-sect. Dia kata dia on the way datang hospital. Gynae kata, dia tak boleh masuk dan kita tak boleh tunggu or jumpa hubby. Kene terus masuk OT. Kita redha dan berserah dengan harapan baby dan ibu selamat.

Alhamdulillah, tepat pukul 4.10ptg, Nurzahra Amanda selamat dilahirkan. Nurzahra Amanda bermaksud cahaya terang yang disayangi :)


PS: rumah kita masih tak ada broadband coverage. Sorry lama menyepi... Doa-doakanlah telekom cepat pasang cable dia kat sana!!! Btw, selamat hari raya, maaf zahir batin pada kawan-kawan semua...