Saturday, February 28, 2009

What Did I do Today?

Today bangun pagi. Babam (my cat) dah bising-bising. memang rutin dia tiap pagi macam tu. Geram betul! Tapi nasib baik ada Babam. Kalau tak, kakak dia ni lambat bangun je lah keje. LOL.

As for today, I had a yummy prawn mee, with butter-honey waffle. Hari ni tak ada program pun sebenarnya. Just wanted to spend some quality time with my dear fiance. During lunch hour we had gone back to his kedai to have our lunch coz actually we wanted to meet Mak (future mom in-law). Just to confirm few things for our big day.

The sun is quite hot today so I just decided to go home after meeting Mak. Nasib baik balik cepat. Masuk je dalam rumah, hujan turun selebat-lebatnya. Kalau tak, kenalah aku duduk dalam kereta. Masuk je dalam rumah, cari Babam, main-main ngan Babam pastu turun bawah on pc.

Macam biasalah. Aku ni bila blogging atau ada apa-apa website or application macam myspace, blogger ni semua, aku memang akan create template aku sendiri. Entah kenapalah aku memang tak suka pakai barang yang orang dah pakai. Yerlah kalau aku load je template yang besepah kat net, dah ramai orang pakai. So why not, I learn and I try. This is so called my DIY Project at the moment. Dulu masa aku sekolah, jenuh juga belajar HTML coding ni. Masa tu sibuk nak design page myspace. Hasilnya puas hati walaupun penatlah nak buat research.

Tapi aku puaslah sebab aku dapat juga tuntut ilmu perkara-perkara yang sesetengah orang pandang enteng.

Esok pagi, aku nak bangun awal. Aku nak buat life schedule aku untuk kerja dan diri sendiri. Aku tengok makin lama aku makin tak terurus. Terutamanya dengan perkara yang melibatkan masa. Yerlah aku bukan supergirl.

Lagipun aku dah rasa rugi if aku abaikan perkara yang aku suka semata-mata kerana kerja. So aku kena devide masa kerja dan masa untuk kesukaan aku contohnya menulis, berenang dan pergi gym.

Tambahan pula, sekarang ni aku kena cover banyak branch yang tidak mempunya Personal Financial Advisor (PFA). So sebagai PFA, aku berkhidmat dalam investment dan consult orang tentang bagaimana untuk mereka membelanjakan wang dan menyimpan wang seterusnya melupuskan hutang-piutang yang ada. Bukan sekadar menarik mereka untuk melabur dalam bank tempat aku bernaung.

P/S: adik rindu abang la...

-Blogging Again-

Lamanya tak blogging. Sejak dah kerja, masa lebih banyak terluang pada kerja daripada benda lain. Bila difikir-fikir, takkanlah kerana kerja, semua benda kena stop. So, aku kena buat juga apa yang aku suka. Selain aku seronok kerja kat tempat sekarang walaupun bukanlah bidang yang aku belajar dulu, aku sangat sukakan penulisan. Sejak zaman sekolah dulu, karangan aku tak pernah kalah.

Kenapalah aku nak bazirkan kelebihan yang aku ada ni kan... So, aku akan mula menulis, aku akan mulakan perkara-perkara yang aku dah berhenti lakukan.

:) Kehidupan aku sekarang sudah banyak berbeza dan tak lama lagi perbezaan itu akan lebih berbeza. Sekarang masih lagi tunang orang. Tak lama lagi, insyaAllah kitorang kahwin. Preparations dah almost 70%. Selebihnya tak dapat buat lagi sebab tak amek cuti lagi lah. Tambah-tambah kerja yang kena fokus target dan datelines ni, kena patuh sikit. So kena cari timing yang sesuai lah.

Apa pun, hari ni aku happy sangat. Happy yang buatkan aku nak menulis semula. Happy yang tak mahu aku bazirkan, tinggalkan dan lupakan...

p/s: I love you eventhough I might not say it often, I might not show it well, I might hardly smile, you are always the one I love the most. :D