Sunday, April 25, 2010

Gender Baby, Kesihatan Mummy & Stroller Haunting!

PERKEMBANGAN BABY DAN MUMMY

Alhamdulillah, baby dah 19 weeks now and everything is doing well. During my 17th weeks, I started to feel a mild movement in my womb especially when my postur preassures the baby. Tapi, last Thursday, I went for a stroller haunting with the daddy. Malam tu tidur kita memang tak lena. Bukannya sebab apa, tapi termimpi-mimpi stroller and kita mimpi tolak baby dalam stroller. Daddy pula pun terbawa-bawa ke mimpi. And FYI, the very next day tu, kita punya antenatal check-up yang buat kami berdebar sebab dah boleh tahu gendernya.

The very next day pergi checkup and gynae asked me:

gynae: mama rasa girl ke boy?

me: ehehe i think girl sebab i suka sangat mekap-mekap.

gynae: papa pulak?

hubby: i mimpi baby boy..

gynae: selalunya kalau papa yang mimpi, maksudnya sebaliknya.. ok mama jom kita scan..

Gynae terus salam kita cakap its a SHE! :D Tapi still we want to hear the same answer untuk setiap checkup baru rasa 100% betul as by now, to form a gender is actually memang start dengan shape mcm female then kalau baby tu lelaki, baru testis nya akan turun soon or later. Jadi kita tak nak over confident sangat walaupun secara terus terangnya, kita memang mahukan anak perempuan sebab kita rasa perempuan mampu jadi contoh yang baik pada adik-adik dan dia tentu mempunya sifat penyayang.

Tapi 1 perkara, gynae kata uri kita kat bawah. But too early untuk determine the stage since baby is moving and we are hoping by 32nd weeks, uri dah beralih ke tempat sepatutnya. Otherwise, kita tak boleh beranak normal. Kita tak berapa kisah normal atau c-sect tapi kalau boleh biarlah semuanya selamat dan sihat. Sebab ada stage yang baby dan ibu tak dapat diselamatkan kerana masalah kedudukan uri dan pendarahan yang teruk. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami. Kawan-kawan, doakan ya. As for now, mummy is trying not to think much as I am hoping for the possibility uri tu akan duduk semula tempat yang sepatutnya.

Then malam tu kita tidur, berhasrat nak bangun lewat sebab dah beberapa weekend asyik kerja. Tapi tak pernah-pernah my baby tunjuk perangai. Pukul 6.30 pagi dia bergendang lah, main kinckboxing lah kat dalam tu. Selalunya rasa mild but this time memang movement yang betul-betul.

KISAH MUMMY & DADDY'S STROLLER HAUNTING

Kalau kawan-kawan yang dah berkahwin dan ada anak tentu tahu betapa seronoknya survey stroller kan. Even masa kita belum berkahwin, kita memang minat tengok stroller dan tahulah juga perkembangan stroller. Dan hubby and I memang dah decide stroller yang nak dibeli dan dah ada 2nd option if in case kami tak jadi beli. Memang sengaja short listed kan supaya tak huru hara nak pilih or rambang mata.

NO 1 HOT IN LIST!

STOKKE XPLORY

Stokke mula diperkenalkan dalam movie 'Sex & The City'. Lebih dikenali memalui design yang stylish tapi for me, beberapa reasons yang hubby and I jumpa bila baca-baca info pasal stoller ni ialah:



1. Ia boleh berfungsi sebagai high chair - so pada kami, kalau pergi makan tak perlulah kita minta baby chair yang tentu ada bakteria dan sbgnya.
2. Seat yang boleh laras mengikut kesesuaian, ketinggian dan kehendak kita - kita dan hubby mempunyai ketinggian yang berbeza whereby stroller ni bole diadjust mengikut ketinggian masing-masing dan kedudukan seat baby pun boleh diubah tinggi dan rendahnya, sama ada menghadap tukang tolak atau menghadap ke hadapan.
3. Seat Stokke ni boleh diganti dengan apa-apa brand seat pun - sangat flexible!
4. Aksesori tambahan - yang ni optional dan pricenya of course additional. Boleh letak payung, letak pemegang air, tukar customize seat, hood dan shopping beg. Dan yang paling best, boleh tambah tempat berdiri jadi abang or kakaknya boleh ride Stokke ni macam scooter while mummy or daddy tolak baby.


NO 2 IN LIST!

QUINNY BUZZ 3 / QUINNY BUZZ 4

Quinny antara pioneer product untuk 3 wheels stroller. Dan stoller ni memang tahan lasak. Quinny Buzz 3 memang dah ada kat Malaysia ni. Cuma Buzz 4 saja belum masuk dan dijangka dalam beberapa bulan ni akan masuk ke Malaysia. Buzz 4 ni serupa dengan Buzz 3, bezanya sebab tayarnya 4. Dan hubby tak berapa gemar yang 3 wheelers sebab dia rasa macam fragile. Jadi if in case kita nak beli Quinny, Buzz 4 menjadi pilihan!

Tentang Quinny:
1. Tahan lasak! Rasanya lebih lasak dan kukuh berbanding Stokke. Boleh buat drift. LOL. Aksesori mudah didapati dan lebih murah berbanding Stokke, contoh seperti tayar.
2. Hanya flexible dengan maxi-cosi.