pregnancy due date

Monday, October 19, 2009

Masa - Kerja dan Terluang

Kita tau pasti ramai antara kita yang bekerja. Menjadi suri rumah juga sejenis pekerjaan. Masa bekerja mengikut waktu normal ialah 8pagi-5petang, 9pagi-6ptg dan mereka yang berkerja shif mempunya aturcara masa yang berbeza.

Pokoknya, kita menggunakan 9 jam daripada 24 jam sehari - masa yang kita ada dan dikira sebagai 1 hari. 9 jam itu tidak lagi dikira dengan waktu tidur, waktu berehat, waktu menyiapkan kerja rumah, waktu mencuci kereta, waktu membantu anak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Kita sebenarnya baru berdebat dan bertegang urat dengan bos dan kawan-kawan. Walaupun bukanlah terkejerit-jerit tapi nada suara dan air muka kita cukup menunjukkan keadaan emosi kita pada masa itu.

Bos kita kata 'kenapa I selalu tengok you balik awal?

Kita: Pukul berapa you maksudkan awal tu? - memang nak kena sembur dia ni! Untuk info semua yang membaca luahan ini, jawatan kita lansung tidak entitle untuk overtime pay. Jadi kalau kita stayback, itu adalah effort kita sendiri dan kerana kita rasa tugas itu perlu dihabiskan atau keesokan harinya kita ada on the move mode yang membuatkan kita tidak masuk office.

Bos: I tengok budak-budak lain selalu balik lewat. Sampai lewat malam pun ada. Diorang pun ada yang dah kahwin dan ada anak. Tapi tak lah macam you. You dah tak macam dulu. Masa bujang dulu selalu balik lewat.

Oho! Kau memang nak kena tembak, bang bang boom!

Kita: Budak-budak lain nak balik lewat, it's up to them. Lagipun I tengok most of them yang balik lewat, sama ada suami terbiar atau anak yang terbiar. Yang tak ada suami atau anak, langsung tak ada life dan kalau tengok pada umur, ada yang menlangkau usia anak dara tua - do not get offended sesiapa yang berkenaan tetapi cuba jadikan iktibar dan pengajaran.

Bos: Ya lah, tapi janganlah selalu sangat tak nampak muka...

Kita: Dalam seminggu I akan stayback 2-3 kali. Paling maksimum sampai pukul 8 mlm. Tapi selalunya rezeki saya tak pernah jumpa bos bila stayback maknanya bos pun sendiri balik awal and you left your 2nd man in the running alone.

Bos dah diam. Biasalah seorang bos mesti ada kredibiliti untuk mencantas!

Bos: I bagi nasihat. Tak perlu you menjawab macam ni. Lagipun setakat pukul 8.. huh!

Kita: Well, I punya sukalah nak balik pukul 8. I am not like them yang mandi 1 hari 1 kali. Pukul 8 tu maksimum I boleh stay dengan tak mandi 1 hari. I pun ada tanggungjawab pada tuhan. I tak selesa pula kalau maghrib melekit-lekit melengas. Kalau balik pukul 10, suami dan anak makan apa, ada kat mana dan buat apa? Kita sampai rumah tentu nak rest, nak mandi, nak masa bersendiri, buat kerja rumah, tidur dan segala-galanya. Ya lah kalau perempuan, tentulah dah balik lewat dah penat, tak nak serve suami.

Im done. You can have your observation on me but do not forget I am not paid for overtime, its up to my own effort if I want to stayback. And you have no idea whether I sacrifice my time at home doing the office work or meeting my customer after office hour. I just do not want the job to take its toll on me. I earn for a living, I live not for earning!

Kita keluar dengan hati yang panas dan sakit.

Kawan-kawan yang dirahmati, ingatlah! Kita bekerja untuk mencari nafkah supaya mendapat kehidupan yang lebih baik. Janganlah kerana bekerja, kehidupan kita menjadi semakin tidak baik. Duit bukan segala-galanya. Dari mata kita, ada kakak-kakak di office yang sering terlepas hari jadi anak, tidak berjumpa anak (bila sampai umah, maid dah tidurkan anak-anak)malah kalau ada anak-anak yang sedang membesar, sudah pandai berdating, bergayut di telefon dan ibu pula bila di office, akan menelefon anak untuk mengangkat baju, mencuci baju, menyiapkan adik-adik dan sebagainya.

Bukankah itu tugas ibu? Kalau anak-anak mengambil tugas ibu, di mana peranan mereka sebagai anak dan di mana masa muda remaja mereka dihabiskan? Boleh kalau kita ingin mengajar mereka membuat kerja rumah. Sekadar membantu bukan meletakkan beban dan tanggungjawab itu di bahu mereka.

Kita selalu dengar ada seorang kakak menelefon suaminya, bertanya kenapa suaminya lewat pulang ke rumah? Suaminya kata, lepak kedai mamak. Kakak ni mengomel dan tidak puas hati dengan sikap suami yang suka melepak di kedai mamak. Saya berikan jawapan paling mudah. Takkan pula suami akak tu nak duduk rumah, anak akak yang hari-hari bancuhkan teh tarik. Lagipun relevannya, buat apa dia balik rumah awal-awal kalau akak pun tak pernah ada kat rumah awal?

Persoalan ini, kita tinggalkan pada kawan-kawan untuk menilai. Ada seorang lagi kakak yang kata, tiba-tiba akak tengok anak akak dah besar. Akak tak merasa langsung perkembangan dia dari baby sampai sekolah rendah. Tiba-tiba dah remaja dan sekarang dah bercinta.

Berpada-padalah kalau bekerja. Kita masih ada tuhan dan keluarga. Kita juga perlu masa bersendiri. Kita perlukan ibadat. Kita perlukan hiburan dan kita perlukan kualiti masa dalam pembahagian tanggungjawab harian. Di mana ajaran al-Quran, menyuruh umatnya bersederhana? Ikhlaslah dalam bekerja dan bersederhanalah dalam kegelojohan mengejar masa menyiapkan kerja. Ikhlas terhadap keluarga dan diri sendiri. Janga nsesekali menzalimi anak-anak dengan mensia-siakan zaman anak-anak mereka.

6 comments:

Lady of Leisure said...

banyakkan sabar ok sery..
anggap ni semua dugaan..
problems are meant to be solved and we r meant to solve the problem..

betul kata sery, walau bekerja tapi sbg seorang isteri kita mestitak nak suami terabai.. if stay up til 8pm for nothing then drive back home n arrive at 10 pm, siapa pulak nak jaga rumahtangga kita kan..

be strong sery.. dont give up ok..

eynda said...

Wah!! Akak suka entry ni...sebab tu since day 1 akak berhenti keje sampai sekarang akak tak pernah menyesal sebab dulu akak pernah alami kes macam ni la sampai nangis2 dlm toilet tau..

kagum dgn ashikin sebab boleh berdebat gitu...semoga tabah & sabar banyak2 yer...

kekadang org tak nampak kebaikan yg kita buat...silap sekecil kuman yg dia pandang...biarkan aje...janji kita tahu tanggungjawab kita....

Unknown said...

betoi2...dulu i pun giler keje...but now my family is priority...sbb biler susah family is always on my side..

mana pegi kawan2...huhu

yg penting life must be balance...

keje sampai biler pun tak habis...

T.E.M.B.U.N said...

saya setuju!!!
ya maybe IF kita senagja nak kerja lebey waktu tu kita dpt manfaat skit.maybe..
BUT
dw rasa tak yah lah...
Berpada-pada je
Hidup dah berkeluarga ada tanggungjawab.
If dorg tu rajin kerja lantak kan...
Watpe nak ikot cara org sdgkan kita ada cara kita ada agenda yg lebih baik utk hidup kita.kan
Kang balik kerja dah kul bp even jam 8pm o.t
yang penting confrm letih..dan akhirnya terlena keletihan..
Suami?anak?kasihan mereka....
Neway tahniah kak
Coz menjawab dengan cara hormatnya...
Hambikkkk....

Ashikin said...

loe: yea n u, have a better quality time as a housewife.. tp ada sesetgh housewife yg mengorbankan diri jd suri rumah 200% sampa ixde masa utk diri sendiri dan lupakan zaman2 melawa.. tp seems like loe tak mcm tu. good la. glad sgt tgk loe titikberatkan kecantikan..

kak eynda: alhamdulillah akak decided utk berhenti dan tentu masa akan skang lebih bermakna jaga adam n hanna dan tunggu hubby blk kan.. mungkin sy pon akan berhenti, now tgh nak stabilkan everything n insyaAllah berhentilah sy :)

posh: kata2 posh mmg btol! bila kita susah, keluarga la yg bersama kita. org2 yg ka tofis tu sume ntah tetibe x nampak muka kan. a'ah plg penting kene balance. sampai bila keje mmg x habis. tp happiness bole ilang kalo kita x jaga..

tembun: a'ah mmg menjwb dgn cara hormatnya sbb sebelum ni dia dah perli2 akak. so dis time dia tanya direct kita jwb tros straight fwd kan.. hihihih. yeah kalo blk keje kol 8 ape je aktiviti nk buat. nk blk siap2 gi shopping complex pon, kalo sampai mall gigit jari je la kene halau guard sbb closing kan.. x pon br pegang troley dah dgr announcement nk tutup kedai..

T.E.M.B.U.N said...

ha`a erk
betul tu.selalu je sy kena camtu.tak cukup masa nak belek2 brg.
tak lama bbrp ajm tu annouce
"terima kasih para pelanggan................"
Sila pastikan barang anda......."

hahha kan?kan?