pregnancy due date

Friday, February 12, 2010

Bulan Februari...

Hai guys! Apa khabar? Lama kita tak update blog. Kita busy dan kita sakit. Last week, 1hb, Wilayah Persekutuan cuti. Masuk je kerja 2hb, kita demam teruk. Lepas tu kerja half day walaupun tak half sangat. Kita balik dalam pukul 4 la. Pukul 3 dah tumbang duduk je kat back office, berselubung. Alhamdulillah gi klinik, scan semua, everything is fine cuma doc kata demam kita tinggi.

Kita mungkin demam terkejut kot. Sebab kat tempat kerja, buddy kita, Kak Finaz and Shekin (yeah nama sama spelling je lain) dah ditransfer ke tempat baru. Kak Finaz ke UPM branch and Shekin ke KLIA branch. Memanglah kita rasa macam hilang tempat bermanja, menangis, ketawa dan segala-galanyalah. Banyak rutin kita yang berubah bila dorang takde. Contohnya dah tak ada teman nak breakfast, gi pasar tani dan gosip-gosip celah-celah kerja tu... Im gonna and have already missed you guys alot. Hehe kat dorang tak cakap sangat. Mummy ni kenalah tunjuk strong kan. :P

FYI, kita pun akan berpindah juga. Kita akan pindah ke Cyberjaya branch effective 1hb Mac ni. Jadi minggu depan kita dah kena start packing lah. Kita terima semua ni dengan hati terbuka dan positive. Cuma siapa yang tak sedih kan. Kita dah duduk bertapak kat Putrajaya branch tu dekat 2 tahun lebih nak masuk 3 tahun dah. Tak apalah, kita mengorak langkah cari prospect baru dan business baru. Doakan rezeki dan peluang kita cerah kat sana ya! Kita percaya, rezeki tu Tuhan bagi kat mana-mana. Yang penting usaha dan tawakal.

Kat Cyberjaya, kita ada buddy baru, Kak Rozy. Nasib baik Kak Rozy ni memang ngam satu kepala. Jadi terubatlah kerinduan walaupun yang berganti tu tak sama dengan yang lama. Dan yang lama tu memang tak sama ngan yang baru. Tapi kita gembira jugalah sebab kita n Kak Rozy memang selama ni dok sayang menyayang walaupun lain branch. Agak rapatlah. Tak sangka dapat kerja sama-sama lak pas ni.

Ingatkan nak letak pics tapi nanti kita sedih pulak.

Weekend ni cuti sampai Isnin dan Selasa. So kita nak wish pada semua selamat beristirehat dan pada kawan-kawan yang berbangsa Cina, selamat bercuti dan Gong Xi Fa Chai.

P/S: Yup, kita dah letak pregnancy ticker :D Rasa seronok rupanya nak jadi mummy ni kan...

8 comments:

Ella said...

kerja kat mana2 pun sama dear.InsyaAllah, everything gonna be ok..

U take care ya...sekejap dah 8wks..2 mth baby...

akak menunggu hari je ni..seram sejuk gak dibuatnya, hehe

Lady of Leisure said...

takpe sery.. semua ni pengalaman untuk sery kan.. lagi banyak tempat, lagi banyak pengalaman...
time to time u ll slowly akan ok...
:)
hehe sweetnya ticket tu dah 8 week.. take a good care yeah..
:)

eynda said...

Enjoy ur pregnancy....memang pengalaman yg indah :-)

fatenton said...

heheh
mesti misery sdg berseri-seri sekarang kan..
seoronoknyaaa nak jadi mummy :)

T.E.M.B.U.N said...

enjoy ur pregnancy
:)

its ok lah Puan Ashikin....kan ade bby yg sentiasa teman ke mana2 sahaje kan..
hehehe
take care tau!cuaca pun mmg panas ni...so bnyk minum air masak@mineral..
yew~!

Jehan Najib said...

hey babe... think posotive je k? syukur kita ada tmp cari rezeki dr diorg2 yg menganggur tu... wish u all the best.

btw, take a good care of urself k? minum susu banyak, nnt tkde laaa cramp kaki (wah~ bkn main lg advice aku... hahaha!)

Unknown said...

beb camne pun u mnesti jgn stress taw be happy ajer...nanti baby u pun akan happy cam u gak hehe

take care yer

Ashikin said...

kak ella: btol tu kak. mana2 keje pon sama je bes n x bes nye kan. aah kejap btol masa kan..as for now, sy tau akak dah selamat bersalin. harap2 sume sehat k mummy.

loe: yup pengalaman lady.. mendewasakan kan.. thanks loe..

kak eynda: :D btol kak.. as time flies sy makin seronok..

fatenton: aah faten.. seronok tau.. :D

tembun: btol2.. baby sentiasa ngan kita kan.. mana2 pon gi. dia skodeng mummy je keje :P aah skang ni minum air bergelen2. n berkali2 la gi toilet.

kak jehan: btol sgt tu kak jehan.
skang i minum anmum. so far ok la. xtau la time dah memboyot kang. harap2 time boyot tu, x ganggu hobiku yg kaki shopping ni..

posh: btol tu aunty posh. i skang ni jenis gasak la apa nk jd pon jd la. i kene face it dgn hati tenang dan REDHHAAA (dengung kene betol k sebut REDHAAA) :p