Saturday, May 22, 2010

Antenatal Check-up & Konsert Double Trouble!

Sempat lagi mak buyung ni gi tengok konsert :P It was fun. Memang suara amy dan awie mantap. Siap naik-naiklah bulu roma kita. Kita pergi berempat termasuk ngan kawan hubby dan wife. Jalan memang sesak jadi we all park kereta dekat kawasan yang tak sebok dah, nearby simpang nak masuk Hartamas. Percaya tak, mak buyung ni jalan 1km pergi dan 1km balik. So total 2km :D

I guess, everything was really fun, the performance, the show and all. Yang tak ok ialah Stadium Bukit Kiara tu tak kena langsung. Bayangkanlah, masuk dlm tu cuma ada 1 sahaja entrance untuk turun ke stadium. Bayangkan if berlaku emergency, memang takde laluan lain. dan rakyat Malaysia ni, macam biasalah. Susah nak jumpa mentality yg logik. Contothnya, "KOSONGKAN TANGGA, CUMA UNTUK LALUAN SAHAJA!" Ini tidak, kat tangga tu lah semua orang nak duduk. Kesian hubby. Disebabkan dia haus, dia pun pergilah beli air. Tapi terpaksa redah orang ramai kat tangga tu siap dia kena tolak dan iphone dia terjatuh ke kena rembat ke dia pun tak boleh fikir dah. So tak ada rezekilah. Hilang iphone dah :( Takpelah sayang, ada rezeki lain nanti k.


Alhamdulillah kita dah buat 5th month punya antenatal. Resultnya alhamdulillah. Uri ada kat atas, elok je. Rasa bersyukur tak terhingga. Maknanya peluang untuk beranak normal tanpa komplikasi amat cerah. Harap-harap keadaan ni berterusan. Berat anak mummy ni dah 500gm lebih, which is normal untuk baby 22 minggu. Yang tak normal ialah mummy. Mummy naik 3kg untuk bulan ini sahaja. Doctor dah bagi reminder, 1kg, 1 bulan :P Lagipun ditakuti akan ada masalah kencing manis. Baiklah doctor, mummy akan cuba!

11hb yang lepas kita dah buat detailed scan. Baby alhamdulillah, cukup sifat dan sihat. Syukur tak terhingga pada Allah. Bila buat 3D nak tengok muka baby, baby tutup muka. Lepas doctor pujuk-pujuk, dia alihkan tangan. Tapi palingkan muka ke tepi so mummy and daddy tak dapat tengok. So kita check badan dia dulu. Lepas tu kita back to muka dia, WAHHHHHH ANAK MUMMY! Dia tunjuk muka dia. Tapi terus dia buat muka masam dan mencebik nak nangis. Doc pun terus cakap bye kat dia. Hahaha it was really adorable. Maybe dia rasa terganggu dengan wave ke apa. Tak apa lah sayang. Dalam 3 bulan je lagi mummy boleh tengok and peluk baby puas-puas.

26hb ni hari gaji. Tak sabarnya! Kita nak ajak hubby gi shopping barang rumah untuk rumah baru! Bergantung pada keadaan dan ikut kemampuan, not necessary kena beli barang untuk completekan the whole house. We all fikir, part yang paling penting ialah bilik tidur dan dapur serta washing machine. Nanti from time to time upgrade la satu per satu kan.

Untuk bilik, kita suka combination merah hati, purple dan coklat. Untuk living room, kita suka warna turqoise dan coklat. Untuk bilik tetamu mungkin warna purple atau hijau lumut. Macam-macam nak buat. Nasib baiklah sepanjang mengandung ni, kesihatan molek dan segala-galanya alhamdulillah, indah-indah belaka. Kawan-kawan doakan kita ya...

5 comments:

diana sidek said...

shikin, Alhamdulillah baby sihat and u pon makin sihat..heheh!tu yg paling penting now ni kan.nanti update lah psl rumah ok..i sgt interested ni nak tau..hihih!!kira hebat jugak ye preggy mommy ni berjalan 2km demi konsert itu..hebat2!!

PinkGremlin said...

Hi Kin, happy dengar uri Kin dah naik balik..Pastu dengar mcm comel je baby muka cebik nak nangis bila dpt tgk muka dia! Hehe..Doc kita smlm dah bagitau detailed scan next mth, tak sabarla, and harap2 smua ok...Nantu pindah rumah letak gambar tau!!! Hehe..

cik jijah said...

seronok dengar cerita terbaru shikin.. :D happy mummy, healthy baby.. kita doakan semuanya baik2 belaka utk shikin.. :)

Jehan Najib said...

amboi mak buyung, siap berjalan tgk konsert...

anyway, alhamdulillah laa ur uri dh in the right position. hopefully everythings wll be ok sampai deliver nnt ok?

POSH76 said...

wah mummy gi konsert rowk yer ...insyallah semuanyer selamat...take care taw....jgn ligat2 sgt hehe