Hari ni kita lari sekejap dari kesibukan di office. Busy memang busy. Super busy. Sebab kalau dulu (sehingga Jumaat minggu lepas) work station kita di back room bank. Bila ada customer request nak jumpa kita, or enquire product yang kita jaga, barulah kita dipanggil keluar untuk consult customer di work station kita di hadapan.
Tapi sekarang ni, kita dah duduk terus di work station kat luar sebab lagi convenient dan navigator tak perlu interkom panggil kita. So dah jadi port tetap kita lah kat situ. Cuma yang letihnya, bila customer yang terus datang kat work station kita dan tanya atau minta tolong isi borang and stuff, so kita asyik tertangguh-tangguh kerja kita. Sekarang ni kaki kanan dan kaki kiri macam tak seirama dah. kaki kiri nak ke kiri, kaki kanan nak ke kanan. Punyalah kelam kabut kalau kita ada deadline atau cut-off time nak kena kejar. Kang tak pasal-pasal ada customer yang kejar kita pulak kalau kita terselesaikan transaction or application dia lewat. Itu cerita tentang office.
So kita keluar tadi untuk buat passport. Hubby and I nak pergi Singapore next week. Memang ramai manusia. Yang busuk, yang wangi, yang over friendly, yang sombong, yang perasan cun, yang korek hidung depan orang... name it! Hahaha kita jadi mangsa tunggu nombor giliran, jadi, inilah kerja kita. Perhati gelagat orang sambil perut nyanyi lagu caca marba.
Tapi sampai juga giliran kita. Cuma tadi sampai dah petang. So esok baru boleh collect. Berapa kadar bayaran? Hah! Kalau normally, untuk tempoh 5 tahun, harganya RM 300.00. Tapi sekarang lebih berbaloi-baloi untuk orang yang buat passport cuma nak guna kadang-kadang atau tengah terdesak emergency nak melawat saudara kat oversea ke apa... Pricenya cuma RM 100.00 untuk tempoh 2 tahun.
So apa tunggu lagi? Sediakan gambar passport 2 keping, duit RM 100.00. Kaunter imigresen dibuka seawal 7.30 pagi ya u ols!
Kita punya esok siap!
Kyochon atau K'Fry?
4 years ago
4 comments:
wah sery nak pi holiday ke?
bestnyaaaaaaaaaa...
wow..betul betul betul berbaloi..nak pegi honeymoon ye sis..?
a'ah la lady.. sery nk g spore ni hah.. yay!
tu la,bagus kan buat 2 tahun.org bukan slalu pi obersi pun nak buat 5 thn,pastu byr 350 kan?ish lame tak pi holiday
Post a Comment