Semalam, 11 Oktober 2009. Anniversary mak ayah kita yang ke-30 tahun. Kita ingat nak bawa pergi makan. Tapi mak kita tak sihat. So kita bawa dia pergi klinik. Ayah kita pula masak kat dapur. Masak taugeh goreng dengan telur dadar tapi sedap juga. Rasanya sepanjang kita dibesarkan, ini kali ke-3 kot kita makan air tangan ayah kita. Selebihnya dia suka kacau dan komen time mak kita masak yang kadang-kadang buat mak kita merajuk or hilang mood nak masak. Tapi sebenarnya ayah kita seorang yang concern dan perfectionist. Tu sebablah dia suka sibuk-sibuk kerja mak kita. Hahaha. Apa-apa pun, selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-30 buat mama abah. Semoga kasih sayang kalian berkekalan dunia dan akhirat. Hanya doa yang dapat kutitipkan.
Sehari selepas anniversary mak ayah, birthday seorang budak tu. Nama dia Ashikin.
Hari ini, 12 Oktober 2009. Maknanya untuk budak ni, dah 24 tahun dia hari ni. Selama 24 tahun ni lah, dia banyak menyusahkan mak ayah dia, buat mereka risau, gundah dan tak tenteram. Mungkin budak ni ada lah membahagiakan mereka kadang-kadang. Tapi kepayahan membesarkan anak, hanya mereka yang sudah bergelar ibu dan bapa sahaja yang tahu.
Maha besar Allah, kejadian terbaik ciptaanNya adalah kita. Daripada Nabi Adam dan Hawa, kita dijadikan untuk menjadi khalifah dan dinikmatkan lagi dengan adanya perkahwinan yang halal untuk mendapatkan zuriat yang halal. Dan hasilnya budak dalam gambar ni.
:) Kita dah 24 tahun lah hari ni. Ada siapa-siapa yang kongsi birthday ngan kita tak? Selamat hari lahir diucapkan dari kita ya!
Mama dan abah ada hantar sms. Syahdu baca. Mereka bilang, "Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur ditetapkan iman, dimurahkan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan serta kejayaan. Wassalam..."
Of course seperti biasa, air mata kita jatuh. Kita gembira, kita sayu hati terhadap ingatan yang tulus. Kita balas dengan mengatakan, "Hari ini Ikin 24 tahun dah. Ikin nak minta maaf pada mama abah selama Ikin dibesarkan. Dengan kerenah yang menyusahkan, perangai yang tak menyenangkan. Terima kasih pada mama abah. Walaupun ada susah dan senang, tapi alhamdulillah Ikin hari ini adalah berkat kesabaran dan pengorbanan mama abah."
Daripada hubby tersayang, malam tadi hubby bawa kita keluar tengok wayang kat Pavillion dan makan kat Secret Recipe. Keluar pun dah lewat jadi semua kedai dah tutup. Lepas makan, kita tengok wayang cerita Papadom. Kelakar dan sedih cerita ni. Meleleh juga air mata kita. Sampai rumah dah pukul 3 pagi. Pastu bangun pagi kita tak sihat. Terus MC. Kita sambung tidur while hubby kita keluar bekerja.
Kita dikejutkan dengan panggilan telefon seorang kawan. Lepas tu kita terus bangun dari katil. Pening kepala. Tapi tiba-tiba ternampak something atas almari solek. Kita senyum lebar. Kita tak sangka. Kita tak expect dan jauh sekali meminta-minta. Meleleh lagi sekali birthday girl ni. Ada envelope warna pink tertulis, "For the person I love most, Cikin Mcuk." Yes, it is a surprise! Dan ada kotak warna gold. Kita pasti itu pun untuk kita juga!
Buat hubby tersayang, terima kasih atas surprise yang dibuat. Kita dapat gold bracelet. Masa nikah memang dah dapat bracelet tapi bracelet tu diamond so tak boleh buat lasak. Mulai dari hari ni, kita akan pakai gold bracelet ni. Tak payah buka dah.
Dan perasaan kita pada hari ini, betapa kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah pada kita. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki supaya kita dapat berbakti pada mereka yang tersayang dan pada mereka yang memerlukan. Buat diri kita, Selamat hari lahir Ashikin. Bersyukurlah dengan nikmat pemberian Allah ini."
Kyochon atau K'Fry?
4 years ago
9 comments:
happy birthday sery!wa baru 24 ke?i tot kita sebaya 25:P
sery... happy birthday!!
lady doakan sery dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
dan happy anniversary juga untuk mama dan abah sery...
semoga jodoh berkekalan..
:)
hehe.. birthday pertama as husband and wife, mesti best n bermakna kan..
:)
happy 24th birthday dear!! :D
dami, ahahaha ooo walopon hari ni aku tua tp ko lg tua dr aku ek. senang hati sery! ahahaha :P
loe, thanks loe. amin dan mudah2an. yea birthdayt pertama as husband n wife mmg bermakna n lain dr biasa. auwww!
kak emi, thanks kak!
happy 24th birthday dear.
may all ur wishes comes true!..
Happy Anniversaray mama and abah!
akuuuu rindu nak mengomel dgn mama ko!
btw,
happy birthday again kikin yayangs.
sweet la hubby awak.i looooike!
love,
ur kawan baik yg jauhhhh:(
salam sis...
Happy Birthday To You..
Moga dipanjangkan umur..
Dimurahkan Rezeki...
Cepat2 dpt baby..he he he..
Happy belated birthday ashikin...semoga sentiasa sihat & ceria disamping org tersayang :-)
thank u all, for the wishes :)
Post a Comment