Sunday, September 13, 2009

Tak Ada Mood, Sakit Pinggang, Puasa Penuh...

Pada kawan-kawan, kita nak say sorry sebab dalam seminggu ni kita tak posting apa-apa dan kita tak visit pun blog kawan-kawan semua. In fact, kita memang tak online pun. Previous post kita ada sebut tentang malas. Tapi malas yang sekarang ni lebih kepada tak ada mood, mood swings la kira.. Pastu kita letih, sikit-sikit letih. Pastu kita dah puasa penuh ni. Maksudnya apa tu?

Oppss jangan sebut ya! Petang ni kita kena pergi farmasi juga untuk beli tester. Tak payah sebutlah tester apa ek u all! Hihihi bukan apa. Kita dah lewat 2 minggu ni. Dah la tu, asyik tak ada mood sebab penat. Ntah kita tak nak pun buat test ni tapi kawan-kawan kita dah dok bising-bising sebab jealous kita puasa tak ada ponteng lagi ni. Mana yang period masa awal puasa hari tu pun dah period balik. Kita yang seminggu sebelum puasa tak period pun, tak period-period ni.

Kalau ada alhamdulillah. Kalau tak ada pun tak mengapalah. Belum rezeki. Lagipun kita masih belum betul-betul stabil. Rumah pun masih tumpang mak bapak. Memanglah Allah dah janjikan setiap umat itu ada rezekinya, setiap anak itu rezekinya Allah yang beri. Tapi rasanya dari segi mental, fizikal dan emosi, kita belum betul-betul bersedia. Kan lebih elok kalau kita bersedia supaya mudah dan tak menyusahkan sesiapa kelak...

Don't worry. positif or negatif, kita akan post result dan gambarnya sekali ya. Rasanya u all dah biasa tengok posting yang positif dan gambarnya. Kalau negatif, kita letak gambar negatif sekali ek.

Pada kawan-kawan, jangan kecil hati ya kita tak menjengah dalam seminggu ni. Kita tahu kawan-kawan pun ramai yang tengah buat preparation nak raya ni. Disebabkan keadaan kita ni, percaya atau tidak, untuk shopaholic macam kita ni, sebuah shopping complex pun kita belum masuk sepanjang bulan Ramadhan ni. So kita buat last minute preparation la tahun ni. Dalam Jumaat depan kita ambil cuti untuk nak cari kuih dan kek untuk rumah mak ayah kita. Memang setiap tahun kita yang sediakan kuih dan kek. Sorry mama, abah, tahun ni lambat sikit ya!

6 comments:

Lady of Leisure said...

sery, lady doakan yang positif untuk sery...
jangan lupa update nanti ya..
all the best dear..

damiqula said...

wah,mcm my friend lewat 3 mggu.skali positif.rezeki bulan puase tu sery!

Nurul Ain said...

Hope positif sis..amin..x sabar nak tau result nie..

POSH76 said...

takper sis yg penting u take care of self...dah nak raya ni....get a good rest tau...

Akmaelinda said...

Yayang,pls text me if u positive.I nak prepare a suprise for u!

love u sgt:)

amin.
mintak2 la positive so i can jadi godmother.

Ashikin said...

loe, dami, ain, posh: dear sisters, terima kasih doakan kita. takde rezeki lagi tapi at least tenang sikit jiwa bila cik P dah dtg ni :P


akma: yanggggg oiiii. ahahaha it looks like someone is getting excited there but trust me, ull be 1 of the ppl i wud text soonest if i got the good news. but too bad u didnt receive any text kan? ahahahahaha~ xpe keep ur surprise untill i surprise u wif the news later ok godmother.. :)