Thursday, December 10, 2009

Cashier Yang Kurang Diajar atau Memang Kurangajar?

Entry ni sounds a bit harsh but yes, ini yang terjadi pada kita. Kita pergi ke Cold Storage Alamanda untuk membeli 'sesuatu' yang bersaiz compact. Size nya seperti 1 bar coklat saiz kecil macam cadburry.

Peristiwa ni terjadi ketika membuat pembayaran. Ketika cashier memulangkan baki, kita cakap 'thank you' padanya. Tapi dibalas dengan riak muka meluat oleh si cashier. Fine, kita buat tak nampak.

Kemudian, kita tunggu dan berdiri di depan kaunter. Cashier tu pun berdiri juga dan pandang tempat lain buat tak reti je. So sila baca dan amati perbualan yang mencetuskan kemarahan kita pada ketika itu. Buat pengetahuan kawan-kawan, tiap kali kita ke Cold Storang, hampir setiap kali saya akan menggunakan khidmat cashier yang sama kerana waktu yang kita lawati terutama ketika ketiadaan suami adalah ketika lunch waktu bekerja.

ME: Miss, minta plastik ya!
CASHIER: Beli 'ni' je pun nak plastik.
ME: Apa you cakap?
CASHIER: Beli 'ni' je pun nak plastik. (This time dia menekankan ayat dan suaranya)
ME: Apa masalah you? I beli barang, so I am to get a plastic. Apa masalah you?

Terus dia masukkan barang dalam plastik. Kalau ikut normal behaviour kita selama ni, walaupun cashier tak menunjukkan courtesy, tapi selagi dia menjalankan tugasnya denga nbetul, kita akan ucapkan terima kasih tanpa kedekut. Tapi this time, TIDAK! I just wont!

Kita pun berlalu. Betul-betul kita dah melepasi badan dia, ada dialog yang buat betul-betul kita meletup!

CASHIER: EK ELEHHHHHH KECOH PUNYA CUSTOMER!

Enough ok! Kita patah balik.

ME: Apa kau cakap? (KUAT DAN NYATA)
CASHIER: -----Tak jawab apa-apa sebab tersentap.
ME: AKU KATA, APA KAU CAKAP?
CASHIER: -----Terkebil-kebil dan pandang tempat lain. Customer lain pun dah pandang-pandang.
ME: APA MASALAH KAU NI HAH? MULUT JANGAN KURANGAJAR! AKU BELI BARANG, AKU TAK PERLU MINTA, AKU MEMANG SEPATUTNYA DAPAT PLASTIK!!! PANGGIL SUPERVISOR SEKARANG!
CASHIER: Semayang!
ME: OK, CALL YOUR MANAGER!

Cut the story short, manager lelaki yang bersaiz kecil datang.

ME: Encik, Manager ke?
MANAGER: Ya cik. Kenapa cik?
ME: Your staff ni memang kurangajar la. ---- I pun cerita 1 by 1.
MANAGER: Dk, kau tak patut cakap macam tu. Tak kira customer beli apa, dia patut dapat plastik. ----Manager bercakap dengan cashier tu. Ada lagi lah budak tu kena marah.
MANAGER: Cik, ni tak patut berlaku. I minta maaf bagi pihak Cold Storage dan staff saya.
ME: Ya, thank you. Tapi if dari tadi dia cakap sorry kat I, I tak panggil you pun. Dan I nak bagitau you, setiap kali I datang sini, budak ni memang buat muka paiseh dan kurangajar. I memang dah aim dia ni!
MANAGER: Ya Allah cik... Kita minta maaf lah. Dik, minta maaf dengan customer----dia geleng-geleng pandang budak tu.
CASHIER: Ya lah, saya minta maaf ---- dalam nada slow dan tertunduk.
ME: OK. BTW, kalau nak kerja, buat cara nak kerja. Lagipun I bukan datang giant ke mydin. I datang Cold Storage so behave. So encik, thank you ya.
MANAGER: Thank you cik dan sila datang lagi...

Pastu manager bebel kat dia. Tapi seriously this is not a small matter and I really think if you dont want your job, many people waiting...

16 comments:

POSH76 said...

dear bagus u buat camtu..kdg2 kene ajar org camni jgn diam jer...we have the right as a customer...tak suker layan customer jgn jadi front liner p dok belakang jaga stor ker...

i pernah kene camni..tp mmg tak lepas punyerlah mesti kena sound balik

.:nhalilah:. said...

salam... bloghopping n jumpe yours.. salam kenal.. I link u k..
bagus la buat camtu baru diorg tau if nak jadik frontliner dlm bidang retail ni kena la sentiasa senyum no metter what.. kdg2 saya pun terkena gaks ngan cashier yg kerek camtu..

PinkGremlin said...

Kin! Way to go! I pulak rasa puas hati u decided to turn around and give her a piece of your mind! Eii mmg la kurang ajar! What was her problem, mcm la plastic tu semua manufacture kena keluar duit poket dia! By the way, budaknya muda ke?

Ella said...

hambik Ko!.
cayalah kin.
mmg padan muka cashier tu.
x ber adab langsung!.

sekali sekala mmg bagus kalau kena camtu dgn customer.
dr yg i baca mmg dah selalu kin terkene ngan cashier ni kan?
so sepatutnyalah dia dpt habuan camtu!.

cik jijah said...

girl power!!! i like ur guts dear.. she deserves a slap right on her face actually.. tapi mcm tak bertamadun pulak kan.. anyway what u did is good enough.. bravo!!

Lady of Leisure said...

bagusssssssssssssssss sery.. lady sokong...
lady pun angin ngan depa ni kadang2... kalau tak nak keje ramai lagi yg nak kan.. dapat keje yg banyak deal dengan cust tapi perangai ya ampun.... geram betul....

Ashikin said...

guys, yup bes sgt2 dpt marah budak tu. mmg rasa nk tampar sume ada. tp yelah kita ada rules. kang x pasal2 kita pon kene band masuk cold storage. lol. u guys shud try mengamuk next time kalo ada cashier or SA yg biadap mcm ni!!!

HannahJohary said...

Cayalah Shikin! Respect sama lu.

Kerja jumpa customers mana boleh buat perangai macam ni. Tak professional la.

Describe sikit macam mana budaknya. Next time boring-boring takde kerja boleh saja-saja pergi cari pasal dengan dia. Hahaha.. ;P

Ashikin said...

lol. kak hannah, orgnye gemok, rambot rebonding paras leher, dia suke pakai cekak. ahahaha gi serang dia!!

azie said...

PER AIIIII ashikin! kalo i siap tampar sekali muka dia.. erkkk mmg kurang ajarrr... mmg patut pun kn ajar tue... geram nye geramnyee.. emosi i baca lahhhh

isyyy geramm btol..anyway bgs2 lain kali pie sana sila kena kan dia kembali.. ok hihi

haku-ko said...

gud for u!

haku-ko said...

gud for u!

d.a.m.i.q.u.l.a said...

haha padan muke cashier tu.chaiyok2.kalo dami pun mungkin akan buat camtu.kasi padan muke die

Gorjes Ke?? said...

ryn..aku ni farah. bila terbaca je entry ko terus terbayang budak gemok kullit cerah, rambut paras leher tu..dia mmg sokmo masam gile. aku perasan tp aku wat tatau je sbb dia x penah cari pasal ngan aku lagik

L@n@ said...

sukee jer budak tuh.. dia jeles tuh syikin cun sgt.. tu yg bengang n aim syikin tu.. muahaha.. tapi kan dear kalo l@n@ akan ku buat benda yang sama.. kalau dapat tampar muke dia lagik bagus..

Anonymous said...

ME: OK. BTW, kalau nak kerja, buat cara nak kerja. Lagipun I bukan datang giant ke mydin. I datang Cold Storage so behave. So encik, thank you ya.


err..kenapa yek kalu mydin or giant? low class ke? emmm