pregnancy due date

Friday, May 28, 2010

Current Promo/Event for Home Makeovers!

Dear readers,

As I told you, we are moving to new home. Dan sudah tentunya kita dan hubby sibuk survey sana sini. Kita dah sampai ke IKEA tapi sebab IKEA kan DIY product kan, so kita put in list dulu. Mana yang betul-betul nak nanti kena ukur dulu. Kunci rumah baru nak ambil esok jadi esok baru ukur lah. Before ni ingatkan langsir nak buat kat SSF. Tapi bila terlalu depan Minlon, Serdang, kita ternampak MACY. So kita dropped by. I was alone that very moment. And SA dia sangat friendly and helpful. Rupanya ada current event la sekarang ni. Tengok ni:




Dan sekarang tengah ada new opening Macy outlet kat IKANO. So untuk orang-orang Damansara area, serbulah IKANO ya. One thing I like about the sofa, harga didatangkan dengan basic price, premier price dan designer price. Maksudnya, if kita nak tukar fabric, atau corak tertentu, kita pilih dan kita tengok ianya dibawah label yang mana. Dan sofanya warranty 10 tahun, bermakna, kalaulah foam atau spring dalam sofa tu rosak atau bantak sofa sudah tak hempuk, boleh hantar untuk refill lagi lebih foam atau spring atau bergantunglah apa barang yang ada kat dalam tu.

Untuk meja makan pula, boleh pilih table dan kerusi pattern yang lain. Tak semestinya one set. As for now, hubby and I cuma fikir nak completekan bilik tidur, family hall maybe bolehlah beli sofa sebiji kat Macy tu, kitchen dan electrical stuff saja. Jadi meja makan atau sofa maybe next month pula. Nanti bulan puasa mummy nak buat preparation untuk anak mummy yang tersayang ni pulak. Yes, saya seorang yang berjadual dan berfasa-fasa. Kalau ada RM100K dalam tangan lainlah ceritanya kan :P

Untuk sofa selain kat MACY ni, ada satu lagi tempat yang kita berkenan. Harvey Norman punya memang vogue n vaas sangat. Bedframe pun cun! Try view dalam website Harvey Norman. Pernah dulu masuk kat outlet IKANO. Memang jatuh cinta. Harga pun boleh buat jatuh. Tu sebab kita pilih untuk stage by stage. Lagipun kita memang bukan jenis orang yang mementingkan kuantiti. Kita sangat pentingkan kualiti. Biarlah berbaloi walaupun penat nak mencari. Tapi puas hati. Nanti nak try pergi outlet kat IKANO lagilah mana tahu dia dah tak bawa masuk brand tu lagi.

Untuk kawan-kawan blog yang sedang berpindah rumah macam kita, selamat memilih dan membeli ya.

5 comments:

hang nadim said...

Dekat rumah saya lah..tapi jarang masuk Ikano

Lady of Leisure said...

bestnya nak masuk rumah baru.... mesti tengah banyak idea nak decorate rumah nanti kan...

Unknown said...

good promo....new house mesti bnyk nak deko2 ni...hehe

d.a.m.i.q.u.l.a said...

dami wiken aritu br pegi macy.memang dah terberkenan sofa ngan dining table kat situ.tapi pujuk hati sabar2 je,nak survey dulu.tapi sryes la dh jatuh cinta!

langsir dami beli kat tewah,jahit pun kat sane.material pun banyak yg cantik mcm ssf.ssf mahal sgt la,lagipun staff die tak friendly sgt.mungkin sbb tgk dami ni selekeh sgt kot,nampak mcm tak berduit(memang pon:P)

.:nhalilah:. said...

bagus la u promo macy kat minlon tu.. skrg ni pun sy tgh survey home deco.. tq..