pregnancy due date

Monday, December 21, 2009

Kisah Pertemuan Orang Ni & Orang Tu

Well, it was kind of unique in a way, yet a very long story to go. Lol.

Kita kenal hubby masa kita Form 5. Hubby pulak masa tu masih lagi trainee engineer kat MAS. Kita actually chatting ngan kawan-kawan dia at this 1 irc chanel. Zaman-zaman irc la masa tu. But I didnt get the chance to chat with him. Kawan-kawan dia tu kakak-kakak la. So chat few times, they said they wanted to meet me. I told them lets meet kat area my house since kita budak sekolah masa tu. Tak boleh keluar jauh. Rumah kita dekat je ngan Ampang Point so jumpa kat mamak curry house sana lah. Ehe kita memang dah drive kete ever since Form berapa ntah. So setakat dekat-dekat tu no problem la.

Bila lepak, ada this 1 guy, hubby kita la to be exact, duduk depan kita. Rambut panjang sampai bahu kita tengok mcm comel je mamat ni. LOL. So cut it short, lepas perjumpaan tu, life berterusan macam biasa. Untill next day ada orang smsed!

Orang tu: Cik adik watpe tu?

Kita: Sape ni?

Orang tu: Agak-agak?

Kita: (tak fikir panjang terus smsed dia balik) Orang yang dok depan I pakai baju hitam semalam kan? (sungguh tak malu kan jawab macam ni :P)

Then sms terus berganda-ganda, tiap masa sampailah bergayut tengah malam. So sampailah kita masuk study kat MMU Melaka. After few months, putus! Kesian kan? Tapi relationship kitorang memang tak sampai setahun pun. Dalam 5-6 bulan je gitu lah. Padahal kita memang dah suka kat orang tu. Dia pernah buat surprise, drove all the way dari KL untuk teman kita dinner. Tapi tak apa lah. Dah tak ada jodoh. So putus. =(

Lepas tu kitorang masih keep in touch yang macam nak tak nak. Tapi we kept ourselves updated secara senyap tentang perkembangan each other. Masa tu tau lah dia ada gf baru dah and dia pun tahu kita ada bf baru dah and relationship kami dengan orang baru tu, bertahan sampai 4 thn.

Ironik nya, lepas tahun ke-4 tu, kita nak putus ngan ex-bf kita tu. Dan kita doa kat Tuhan, kalaulah dia bukan jodoh aku, hantarlah seseorang yang baru. The very next day, kita dapat sms dari orang tu!!! Ajak gi makan. Kita tak nak lagipun masih belum ada problem yang settle kan. So cut it short, after a month baru kita setuju nak jumpa dia. Kitorang lepak kat Marche' The Curve dari tengahari sampai kol 10 mlm. Cerita, kongsi suka dan duka, kongsi apa yang masing-masing tak tahu selama ni.

=) Lepas tu hubungan kitorang berjalan macam biasa. Kitorang memang nak terus serius. Masa hari raya aidiladha, mak ayah dia datang rumah untuk berkenalan dengan mak ayah kita. Dorang bilang kat mak ayah kita, dorang nak datang lagi nanti. So few weeks after, dapatlah kita cincin tanda. Lepas 3 bulan kita tunang. Lambat sikit sebab nak lepaskan adik hubby kahwin dulu bulan Januari. Kami tunang 29/03/08. Date ni pun dapat sebulan before majlis. Lepas setahun, kitorang kahwin 09/05/09. Sepatutnya tempoh tunang tu tak lama. Hubby ajak kahwin tahun 2008 juga tapi kita tak nak kelam kabut nanti preparation huru hara kan. Tu pun date kahwin dapat 1 bulan setengah sebelum majlis. Sebab tempat banyak tak available memandangkan Mac ialah bulan cuti sekolah. So terus pick date baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Hubby tua 7 tahun dari kita. Birth date kami sama iaitu 12hb. Maka jadilah wang hantaran RM12K.

Well, dalam masa tak sampai 2 tahun ni memang terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita dan hubby. Bertemu dan berkahwin. Banyak perkara baru yang kita belajar dan perlu sesuaikan diri. Apa pun, kita bersyukur perjalanan kita dipermudahkan. 2009 akan berlabuh. Semoga 2010 memberi lebih banyak perkara baru yang indah dan semoga kami dapat lalui dugaan Allah.

9 comments:

Anonymous said...

awww very sweet.

Lady of Leisure said...

hehe suka lady baca entry sery kali ni.. lady doakan kebahagiaan tu berkekalan..
:)

Hannah Johary said...

So sweet lah, Shikin..

Love your love story. =)

Unknown said...

so sweeet..i like me too doakan ur happiness..inilah kata org kalu jodoh tak kemana hehe

.:nhalilah:. said...

wah... sgt sweet..
tu la kan.. if he meant to be yours whatever happened he gonna be yours.. hope u'll be happy ever after..

PinkGremlin said...

Mmg cute la gaya pertemuan u dgn hubby. Mcm comel je masa first time dia sms and u reply selamba teka dia..hehe

Nurul Ain said...

wah...best best..ain suka sgt pertemuan korang ni..
moga berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..

jijah montel said...

it has always meant to be kan.. u & him.. kalau dah jodoh tak ke mana :)

Ashikin said...

yelah korang.. kalo jodoh tu x ke mana kan. Allah tu maha mengetahui apa yg diaturkan utk kita. im glad dat ive someone to share my entire life wif.. smeoga dpt anak2 yg soleh insyaAllah..