pregnancy due date

Tuesday, September 21, 2010

Introducing Our Little Bundle of Joy!


Nurzahra Amanda during her 2nd day!


Nurzahra Amanda during her 5th day!

NAME: NURZAHRA AMANDA BINTI MUZRI
D.O.B: 07 SEPTEMBER 2010, TUESDAY, 4.10PM (tho I really wanted to make it on 08.09.10, but Allah knows better :)
P.O.B: KPJ SPECIALIST, KAJANG
WEIGHT: 3.57KG
HEIGHT: 51CM
METHOD: EMERGENCY C-SECTION

MY BIRTH STORY

Kita pergi ke KPJ untuk 38th weeks check-up. Gynae nak check sudah ada bukaan rahim ke belum. So dia mulakan proses seluk menyeluk, kita dok ckp 'ouchhm, sakit... sakit... dan tiba-tiba:-

GYNAE: woopss dah terpecah

ME: apa yang terpecah? hahh? (blur dah)

GYNAE: dah kene admit... waterbag dah terpecah...
-sambil tu gynae pandang nurse dan arahkan ambil wheel chair-

ME: hahhh? boleh tak I balik dulu kemas apa-apa yang patut coz we all tak prepare apa-apa...

GYNAE: mintalah husband buatkan... u kene duduk wad...

ME: -blur sambil duduk atas wheelchair... muka dah tak boleh blah. husband pun macam shocked n blur tak terkata apa...-

Sambil ditolak keluar, air mata berjurai. Rasaterkejut dan macam tak sangka doktor terpecahkan pulak. Kene duduk wad 1 malam, minta hubby kemas apa-apa yang patut dan bawakan beg yang dah siap tersadai tepi pintu bilik dan belikan segala makanan yang kita teringin nak makan, termasuk secret recipe dan kuih raya, sebab esok pagi masuk labor room...

Labor Room Story

8pg diberi breakfast roti dan jam bersama milo panas. Lepas tu dicucuk sabun dan kita terus ke tandas untuk proses itu dan mandi. Kita mandi lengkap dengan cuci rambut supaya rasa fresh dan bersedia.

Dalam labor room, pukul 10.15 kita telah dimasukkan air dan dipasangkan CTG machine, pukul 12 kita telah diberi epidural diikuti ubat contraction. 2 jam kemudian, segala-galanya berjalan lancar, bukaan telah melangkau 5cm. Ketika ini, midwife seluk dan pecahkan waterbag (jadi yang semalam tu bukan waterbag yang pecah, tapi membran pintu rahim yang pecah). Pukul 3ptg, midwife mula duduk dan asyik perhatikan CTG machine. Bila kita tanya, dia cakap, dia akan reducekan ubat contraction sebab heartbeat baby tak stabil. Lepas 10min dia masuk, dia kata heartbeat baby sudah ok, stabil tapi CTG tunjuk, mummy tak ada contraction langsung. Pukul 3.30ptg, gynae masuk dan kata kita kena go through emergency c-section coz baby tak boleh cope lagi dah...

Masa ni hubby balik rumah kejap, kita minta dia siram pokok bunga kita dan few things lagi. Kita sms dia dan cakap kene emergency c-sect. Dia kata dia on the way datang hospital. Gynae kata, dia tak boleh masuk dan kita tak boleh tunggu or jumpa hubby. Kene terus masuk OT. Kita redha dan berserah dengan harapan baby dan ibu selamat.

Alhamdulillah, tepat pukul 4.10ptg, Nurzahra Amanda selamat dilahirkan. Nurzahra Amanda bermaksud cahaya terang yang disayangi :)


PS: rumah kita masih tak ada broadband coverage. Sorry lama menyepi... Doa-doakanlah telekom cepat pasang cable dia kat sana!!! Btw, selamat hari raya, maaf zahir batin pada kawan-kawan semua...

Saturday, July 3, 2010

Long updates! Pindah rumah + Shoppng + Baby!

Salam all!

Been very busy for the whole month sebab kita dan hubby sibuk pindah rumah. Streamyx pun tak register lagi. Astro sudah registered tapi pemasangan ambil masa more than 2 weeks disebabkan piala dunia. Huh! Bosan! Biasalah dulu kita menumpang rumah mak mertua, jadi bila pindah rumah semua nak kena beli. Tapi kita buat phase by phase la sebab preparation untuk ahli keluarga baru pun perlu dibuat sebab kita dah 7 bulan sekarang.

Masa genap 7 bulan (last week) kita ke Langkawi ikut trip office so kesempatan ni diambil untuk beli periuk Tefal. Rasa berbaloi sangat sebab kita pakai induction cooker so kuali atau periuk mesti guna yang special dan harga pun boleh buat botak kepala :p. Bayangkanlah kalau Tefal non-stick fying pan harganya RM300+ kat mall, kat sana kita dapat RM100. Kalau yang stainless steel pan, harga mall RM260, kita beli kat sana RM160 :D

Anak kita dah pandai apa? Sekarang ni kalau keluar sampai lewat malam atau dia dah letih , dia pandai keraskan badan dia atau buat gerakan moody dia. Kita tau sebab bila waktu ni, terasa dia menekan kat pundi kencing. Nanti kita duduk rest, dia pun kendurkan badan. Perut memang naik mendadak sejak masuk 6 bulan setengah hari tu. Sayang mummy ni dah besar! Kalau dia bergerak tu bergoyang baju mummy and lately ni baby suka dok menyenget ke kanan. Kang mulalah perut mummy senget.

Untuk budak kecik ni, mummy dah beli barang2 penting dia. Barang besar macam babycot, almari, stroller, toys belum beli lagi. Yg tu nantilah 2nd batch kang. Duit keluar macam paip bocor sejak sebulan dua ni. Kita dah beli sleepsuit, bodysuit, long pants, shirts, mittens and booties, cap, botol susu, kain bedung (swaddle), pengetip kuku, socks, scarf dan toys shape ulat. Nanti kita upload pic.

Esok kita genap 29th weeks. Kita nak kemas beg standby dalam kereta. :) she's gonna be with us soon. Kawan-kawan doakan kami selamat dan sihat ya. Kalau ikut plan asal, nak deliver kat Prince Court tapi memandangkan jauh, kita habis fikir, kita nak deliver kat KPJ Kajang sahaja. Tak mahu tanggung risiko.

Ps: kawan-kawan, nanti kita visit page korang bila ada kelapangan, pc dan streamyx. Pada kawan-kawan baru yang start visiting page ni, nanti kita visit page korang k. Keadaan tidak mengizinkan sekarang, bukan kita sombong tau..

Thursday, June 3, 2010

Negara Kita, Kenapa Bahasa Dia?

I am now at PappaRich, wanted to have a bliss breakfast untill someone in all of the sudden spoilt everything!

Me: Do you have newspaper here?

Waiter: Hah?

Me: Ada suratkhabar tak?

Waiter: No English! I'm Myanmar!

Duhhhh~ Come on Malaysian. If you are hiring, please hire people who eligible to understand our language or at least he/she speaks English. Otherwise, poor us! This should be applied to those restaurants, reflexology center, and what not, how should I tell them that I want a real 3/4 boiled egg instead of 1/2? How am I gonna tell them that I want a hard massage?

Ps: Budak kecik, u know what? Your kicks made mummy suddenly does not know what to write, what to be mad at. Aiyoooh!

Friday, May 28, 2010

Current Promo/Event for Home Makeovers!

Dear readers,

As I told you, we are moving to new home. Dan sudah tentunya kita dan hubby sibuk survey sana sini. Kita dah sampai ke IKEA tapi sebab IKEA kan DIY product kan, so kita put in list dulu. Mana yang betul-betul nak nanti kena ukur dulu. Kunci rumah baru nak ambil esok jadi esok baru ukur lah. Before ni ingatkan langsir nak buat kat SSF. Tapi bila terlalu depan Minlon, Serdang, kita ternampak MACY. So kita dropped by. I was alone that very moment. And SA dia sangat friendly and helpful. Rupanya ada current event la sekarang ni. Tengok ni:




Dan sekarang tengah ada new opening Macy outlet kat IKANO. So untuk orang-orang Damansara area, serbulah IKANO ya. One thing I like about the sofa, harga didatangkan dengan basic price, premier price dan designer price. Maksudnya, if kita nak tukar fabric, atau corak tertentu, kita pilih dan kita tengok ianya dibawah label yang mana. Dan sofanya warranty 10 tahun, bermakna, kalaulah foam atau spring dalam sofa tu rosak atau bantak sofa sudah tak hempuk, boleh hantar untuk refill lagi lebih foam atau spring atau bergantunglah apa barang yang ada kat dalam tu.

Untuk meja makan pula, boleh pilih table dan kerusi pattern yang lain. Tak semestinya one set. As for now, hubby and I cuma fikir nak completekan bilik tidur, family hall maybe bolehlah beli sofa sebiji kat Macy tu, kitchen dan electrical stuff saja. Jadi meja makan atau sofa maybe next month pula. Nanti bulan puasa mummy nak buat preparation untuk anak mummy yang tersayang ni pulak. Yes, saya seorang yang berjadual dan berfasa-fasa. Kalau ada RM100K dalam tangan lainlah ceritanya kan :P

Untuk sofa selain kat MACY ni, ada satu lagi tempat yang kita berkenan. Harvey Norman punya memang vogue n vaas sangat. Bedframe pun cun! Try view dalam website Harvey Norman. Pernah dulu masuk kat outlet IKANO. Memang jatuh cinta. Harga pun boleh buat jatuh. Tu sebab kita pilih untuk stage by stage. Lagipun kita memang bukan jenis orang yang mementingkan kuantiti. Kita sangat pentingkan kualiti. Biarlah berbaloi walaupun penat nak mencari. Tapi puas hati. Nanti nak try pergi outlet kat IKANO lagilah mana tahu dia dah tak bawa masuk brand tu lagi.

Untuk kawan-kawan blog yang sedang berpindah rumah macam kita, selamat memilih dan membeli ya.

Saturday, May 22, 2010

Antenatal Check-up & Konsert Double Trouble!

Sempat lagi mak buyung ni gi tengok konsert :P It was fun. Memang suara amy dan awie mantap. Siap naik-naiklah bulu roma kita. Kita pergi berempat termasuk ngan kawan hubby dan wife. Jalan memang sesak jadi we all park kereta dekat kawasan yang tak sebok dah, nearby simpang nak masuk Hartamas. Percaya tak, mak buyung ni jalan 1km pergi dan 1km balik. So total 2km :D

I guess, everything was really fun, the performance, the show and all. Yang tak ok ialah Stadium Bukit Kiara tu tak kena langsung. Bayangkanlah, masuk dlm tu cuma ada 1 sahaja entrance untuk turun ke stadium. Bayangkan if berlaku emergency, memang takde laluan lain. dan rakyat Malaysia ni, macam biasalah. Susah nak jumpa mentality yg logik. Contothnya, "KOSONGKAN TANGGA, CUMA UNTUK LALUAN SAHAJA!" Ini tidak, kat tangga tu lah semua orang nak duduk. Kesian hubby. Disebabkan dia haus, dia pun pergilah beli air. Tapi terpaksa redah orang ramai kat tangga tu siap dia kena tolak dan iphone dia terjatuh ke kena rembat ke dia pun tak boleh fikir dah. So tak ada rezekilah. Hilang iphone dah :( Takpelah sayang, ada rezeki lain nanti k.


Alhamdulillah kita dah buat 5th month punya antenatal. Resultnya alhamdulillah. Uri ada kat atas, elok je. Rasa bersyukur tak terhingga. Maknanya peluang untuk beranak normal tanpa komplikasi amat cerah. Harap-harap keadaan ni berterusan. Berat anak mummy ni dah 500gm lebih, which is normal untuk baby 22 minggu. Yang tak normal ialah mummy. Mummy naik 3kg untuk bulan ini sahaja. Doctor dah bagi reminder, 1kg, 1 bulan :P Lagipun ditakuti akan ada masalah kencing manis. Baiklah doctor, mummy akan cuba!

11hb yang lepas kita dah buat detailed scan. Baby alhamdulillah, cukup sifat dan sihat. Syukur tak terhingga pada Allah. Bila buat 3D nak tengok muka baby, baby tutup muka. Lepas doctor pujuk-pujuk, dia alihkan tangan. Tapi palingkan muka ke tepi so mummy and daddy tak dapat tengok. So kita check badan dia dulu. Lepas tu kita back to muka dia, WAHHHHHH ANAK MUMMY! Dia tunjuk muka dia. Tapi terus dia buat muka masam dan mencebik nak nangis. Doc pun terus cakap bye kat dia. Hahaha it was really adorable. Maybe dia rasa terganggu dengan wave ke apa. Tak apa lah sayang. Dalam 3 bulan je lagi mummy boleh tengok and peluk baby puas-puas.

26hb ni hari gaji. Tak sabarnya! Kita nak ajak hubby gi shopping barang rumah untuk rumah baru! Bergantung pada keadaan dan ikut kemampuan, not necessary kena beli barang untuk completekan the whole house. We all fikir, part yang paling penting ialah bilik tidur dan dapur serta washing machine. Nanti from time to time upgrade la satu per satu kan.

Untuk bilik, kita suka combination merah hati, purple dan coklat. Untuk living room, kita suka warna turqoise dan coklat. Untuk bilik tetamu mungkin warna purple atau hijau lumut. Macam-macam nak buat. Nasib baiklah sepanjang mengandung ni, kesihatan molek dan segala-galanya alhamdulillah, indah-indah belaka. Kawan-kawan doakan kita ya...

Sunday, May 16, 2010

Found & Confirmed!

Salam!

As I am writing, it is raining heavily and how thankful I am to Allah as it was a hot day! Well I had a blissful weekend, delicious food, fantastic time and were busy thinking of new household and furniture as MAB and me are moving to our new home around end of this May.

It a terrace house with 4 rooms and 3 bathrooms. This is the 1st biggest preparation to receive our bundle of joy who is expecting to be out into the world insyaAllah in September. That is going to be our Hari Raya, peeps!

Of course, being an excited wife and mummy-to-be, I have been spending and thinking most of my time about the theme color for the master bedroom and the hall and so on. And of course the picture that keeps on showing in my mind is a babycot by the side of our bed. Yes, I want my baby to be more independant. I do not want to spoil her by sharing the bed which means privacy for mummy and daddy will be gone as I am afraid by the time I'd like to separate our bed, she would refuse and she would give me the crankiest tears and wat not, a baby cries would really end up the day.

As for the bed, MAB and I have decided to have a king size latex mattress. Yes, we are fussy coz we really need a good night sleep with a good bed. Other than that, yes, mummy's place, where else other than the kitchen!

During our reception, we received many electrical appliances like the toaster, thermos, coffee maker, rice cooker and oven. So I guess it would really save our cost in spending. Except, mummy really needs a fridge and of course a washing machine.

I just hope our new place is a safe and good place to stay and I hope, we will have a good start under our own roof. I will definately post the pics soon!

Sunday, May 9, 2010

Mothers Day & Our 1st Anniversary!




To my beloved mama, Happy Mothers Day, I love you so much. For what you've had done and I know I'll ask more in the future, thank you so much. A thousand thank wont give you anything but I know it means alot to you. Thank you for taking the huddle to raise me in this world. I love you, and thank you, thank you, thank you! Without you, I'm no one. Ya Allah, please spare a space for her in your beautiful heaven :)

To all mothers in the world, Happy Mothers Day!




To my beloved husband, Happy 1st Anniversary! I love you so much. 1 year back, we were busy having our nikah ceremony and reception. I never thought that, to live with you, time will be so fast, and now we are 1 year and expecting our 1st baby. Thank you for everything. May our marriage is blessed by Allah and streghten with iman. I love you baby.

PS: Semlm kan kita gi mom & baby expo kat midvalley. Ya Allah, punyalah ramai orang sampai kita surrender ajak hubby keluar. Rasa mcm berpinar-pinar mata.

Thursday, May 6, 2010

Rezeki!


**ME AT 20TH WEEKS :))**

Kawan-kawan, terima kasih pada yang bagi semangat. As u all tau, kita ada masalah uri sekarang ni. Tapi kita tak nak fikir negatif. Harapan n doa pada tuhan, moga semuanya berjln dgn baik insyaAllah.

Betullah seperti yang dijanji dalam al-Quran, setiap anak ada rezeki masing-masing. Dalam keadaan sekarang ni, alhamdulillah rezeki kita murah. Kerja dalam line kita ni, memang tekanan habis. Banking 1 hal, sales 1 hal, nak buat marketing 1 hal. Kita bersyukur, kita tak ada sakit-sakit. Jadi dapatlah kita achievekan memana target untuk tahun ni supaya balik dari confinement tak kelam kabut nak fikir target.

Alhamdulillah, loan on track dan wealth juga on track. Bulan ni saja unit trust dapat nak dekat RM1juta. Loan rumah pula RM4juta. Dalam tangan masih ada RM4-5juta yang dalam proses.

Rewards pun boleh tahan. Macam biasalah kerja macam kita ni, hq akan buat dalam bentuk kempen dan hadiah supaya sales staff berlumba-lumba buat sale untuk rebut hadiah. Kira macam nak naikkan semangatlah. Jadi bulan ni kita dah menang beberapa kempen:


1. Menang voucher Parkson worth RM400.00.
2. Menang kempen challenge by my area big boss, cash prize worth RM500.00 but I heard she gonna increase the token for a tremendous achievement :D.
3. I am qualified for a free Tioman trip - tak tahu lagi bila trip ni akan dibuat.
4. I am qualified for a free Perth trip - tak tahu lagi juga bila trip ni akan dibuat. Harap-harap sebelum bersalin atas sekurang-kurangnya lepas confinement.

Target kita for the very next and final reward ialah FREE TRIP TO SPAIN! Yang ni tak risau coz dia tengok whole year event and target. So trip will definately be next year around middle of the year. Harapan memang nak pergi :D

In few days time will be my 1st anniversary with my MAB. And thats tripple my happiness. :D

Sunday, April 25, 2010

Gender Baby, Kesihatan Mummy & Stroller Haunting!

PERKEMBANGAN BABY DAN MUMMY

Alhamdulillah, baby dah 19 weeks now and everything is doing well. During my 17th weeks, I started to feel a mild movement in my womb especially when my postur preassures the baby. Tapi, last Thursday, I went for a stroller haunting with the daddy. Malam tu tidur kita memang tak lena. Bukannya sebab apa, tapi termimpi-mimpi stroller and kita mimpi tolak baby dalam stroller. Daddy pula pun terbawa-bawa ke mimpi. And FYI, the very next day tu, kita punya antenatal check-up yang buat kami berdebar sebab dah boleh tahu gendernya.

The very next day pergi checkup and gynae asked me:

gynae: mama rasa girl ke boy?

me: ehehe i think girl sebab i suka sangat mekap-mekap.

gynae: papa pulak?

hubby: i mimpi baby boy..

gynae: selalunya kalau papa yang mimpi, maksudnya sebaliknya.. ok mama jom kita scan..

Gynae terus salam kita cakap its a SHE! :D Tapi still we want to hear the same answer untuk setiap checkup baru rasa 100% betul as by now, to form a gender is actually memang start dengan shape mcm female then kalau baby tu lelaki, baru testis nya akan turun soon or later. Jadi kita tak nak over confident sangat walaupun secara terus terangnya, kita memang mahukan anak perempuan sebab kita rasa perempuan mampu jadi contoh yang baik pada adik-adik dan dia tentu mempunya sifat penyayang.

Tapi 1 perkara, gynae kata uri kita kat bawah. But too early untuk determine the stage since baby is moving and we are hoping by 32nd weeks, uri dah beralih ke tempat sepatutnya. Otherwise, kita tak boleh beranak normal. Kita tak berapa kisah normal atau c-sect tapi kalau boleh biarlah semuanya selamat dan sihat. Sebab ada stage yang baby dan ibu tak dapat diselamatkan kerana masalah kedudukan uri dan pendarahan yang teruk. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami. Kawan-kawan, doakan ya. As for now, mummy is trying not to think much as I am hoping for the possibility uri tu akan duduk semula tempat yang sepatutnya.

Then malam tu kita tidur, berhasrat nak bangun lewat sebab dah beberapa weekend asyik kerja. Tapi tak pernah-pernah my baby tunjuk perangai. Pukul 6.30 pagi dia bergendang lah, main kinckboxing lah kat dalam tu. Selalunya rasa mild but this time memang movement yang betul-betul.

KISAH MUMMY & DADDY'S STROLLER HAUNTING

Kalau kawan-kawan yang dah berkahwin dan ada anak tentu tahu betapa seronoknya survey stroller kan. Even masa kita belum berkahwin, kita memang minat tengok stroller dan tahulah juga perkembangan stroller. Dan hubby and I memang dah decide stroller yang nak dibeli dan dah ada 2nd option if in case kami tak jadi beli. Memang sengaja short listed kan supaya tak huru hara nak pilih or rambang mata.

NO 1 HOT IN LIST!

STOKKE XPLORY

Stokke mula diperkenalkan dalam movie 'Sex & The City'. Lebih dikenali memalui design yang stylish tapi for me, beberapa reasons yang hubby and I jumpa bila baca-baca info pasal stoller ni ialah:



1. Ia boleh berfungsi sebagai high chair - so pada kami, kalau pergi makan tak perlulah kita minta baby chair yang tentu ada bakteria dan sbgnya.
2. Seat yang boleh laras mengikut kesesuaian, ketinggian dan kehendak kita - kita dan hubby mempunyai ketinggian yang berbeza whereby stroller ni bole diadjust mengikut ketinggian masing-masing dan kedudukan seat baby pun boleh diubah tinggi dan rendahnya, sama ada menghadap tukang tolak atau menghadap ke hadapan.
3. Seat Stokke ni boleh diganti dengan apa-apa brand seat pun - sangat flexible!
4. Aksesori tambahan - yang ni optional dan pricenya of course additional. Boleh letak payung, letak pemegang air, tukar customize seat, hood dan shopping beg. Dan yang paling best, boleh tambah tempat berdiri jadi abang or kakaknya boleh ride Stokke ni macam scooter while mummy or daddy tolak baby.


NO 2 IN LIST!

QUINNY BUZZ 3 / QUINNY BUZZ 4

Quinny antara pioneer product untuk 3 wheels stroller. Dan stoller ni memang tahan lasak. Quinny Buzz 3 memang dah ada kat Malaysia ni. Cuma Buzz 4 saja belum masuk dan dijangka dalam beberapa bulan ni akan masuk ke Malaysia. Buzz 4 ni serupa dengan Buzz 3, bezanya sebab tayarnya 4. Dan hubby tak berapa gemar yang 3 wheelers sebab dia rasa macam fragile. Jadi if in case kita nak beli Quinny, Buzz 4 menjadi pilihan!

Tentang Quinny:
1. Tahan lasak! Rasanya lebih lasak dan kukuh berbanding Stokke. Boleh buat drift. LOL. Aksesori mudah didapati dan lebih murah berbanding Stokke, contoh seperti tayar.
2. Hanya flexible dengan maxi-cosi.

Saturday, March 27, 2010

Perut, Lipstick, New Clothes, Fresh Orange and Don'ts


Tak payah cakap banyak-banyaklah. Ni lah pic perut kita yg mengandungi budak kecik tu. Last Thurdays kita gi monthly check-up and dapat tengok dia. Dia dah besar :D! Mummy nga ndaddy sgtlah teruja coz the last time we met budak kecik, dia kecik sangat-sangat walaupun dah nampak kepala, perut, kaki dan tangan. Alhamdulillah semua ok. Next check-up dah boleh tengok jantina baby!

Dan sekarang ni kita sangat suka lipstick yang kita baru beli. Asalnya masuk MAC hari tu nak cari eyeshadow. Tapi sekali calit lipstick tu, terus kita terus tersuka! Hari-hari kita pakai lipstick ni tak nak tukar. Hihihihi...



Itu cerita lipstick. Tak masuk cerita beli baju lagi. Baju dan seluar kita memanglah confirm dah tak boleh masuk lansung sekarang. Almaklum, masa tak pregnant semua baju tecit-tecit. Jadi bila membesar sikit je pun memanglah tak boleh masuk dah... So sekarang ni musim kita membeli baju je lah. Sorry yer hubby :P

Kebetulan pula sekarang ni musim panas kan. Kita adalah minumam favourite yang sentiasa nak kena minum, berbeza ikut keadaan dan tempat. Kalau dalam office, kita suka minum air milo panas ataupun teh O waktu pagi. Lepas tu air putih panas sentiasa ada. Kakak tea lady kat office tu rajin masak air. Jadi stok air panas sentiasa ada. Dalam office kan sejuk jadi syok sangatlah dapat air putih panas. Bila keluar dari office, panas terik, kita memang akan beli fresh orange. SEDAP sangat!

Kalau ikutkan, kita seorang yang hantu kopi terutamanya kopi kat Starbucks tu. Dah 4 bulan ni cuma 2 atau 3 kali je pernah minum kopi. Nikmatnya tak terkata. Masa awal-awal hari tu, kita pening kepala teruk sebab tak dapat kopi. Hahahaha. Selain kopi, kita memang hantu buah nanas dan jeruk. Ni pun kena tahanan reman ni. Sabarlah tekak! :P

Lelain tu ok alhamdulillah. Tak ada mengidam ke apa. Actually kita tak tahu rasa mengidam tu macam mana :P. Hahahaha. Kita ni sebelum mengandung pun memang lincah dan kaki jalan. Sekarang pun sama. Tapi macam makin aktif terlebih gayanya. Jalan pun masih laju, kadang tu siap berlari-lari anak lagi. Pesanan pada diri kita, tengoklah perut ko tu memboyot kang, tak ada maknanya ko boleh jalan laju.

Next week kita dah masuk 4 bulan, which means, lagi 5 bulan je baby nak keluar. OMG!!! I didnt know that time is running so fast as it is now! TAKUTTTTTTTTTTTTTT! Kita dah terfikir macam kalau boleh normal sekalipun, kita nak c-ser...

Saturday, March 6, 2010

Lamanya Tak Update!

Alhamdulillah, syukur atas segala-galanya...

1. Sebab kita dah selamat pindah ke office baru di Cyberjaya.

2. Sebab kita dah beli Blackberry 9700 yang kita idam-idamkan :D.

3. Sebab budak kecik ni sihat walafiat, dan selepas bleeding, makn ubat, up till today we are doing fine.

Speaking of my pregnancy, kita bersyukur sangat sebab up to this moment, kita tak ada mabuk, tak ada loya dan tak pernah muntah. Syukur sangat atas nikmat ni. Kita harap sampai bersalin nanti pun mudah juga. Kita cuma nak makan, nak makan, lapar, lapar, lapar! Bila jumpa kawan-kawan atau orang-orang di luar tu, mereka tanya teruk tak morning sickness? Kita segan nak cakap kita ta kada morning sickness sebab kita tak nak terjadinya riak. Kita cuma bersyukur yang teramat sangat.

Tapi kan sekarang ni, bila cuaca panas, kita betul-betul teringin nak minum air COCA-COLA! Tapi kita tau tak boleh. Cuma mama kita kesian kat kita hari tu. Dia kata jamah je sikit. Hihihihi. Akhirnya kita jamah sikit je sebab tiba-tiba hilang selera coz ada perasaan sayangkan dan takutkan sesuatu buruk jadi pada baby. Itulah sifat keibuaan rupa-rupanya :D

Petang ni kita and hubby nak pergi check in. Maybe kat hotel selalu kitorang. Kalau tak Pullman Putrajaya, Cyberview Lodge la. Kita nak rehat-rehat, senyum-senyum, happy-happy!

P/S: Kita sangatlah bz sekarang. Balik dari kerja, mandi dan terus keluar dinner. Balik je terus pengsan. Tak online pun u ols. Sorry ya lama tak visit u ols!

Thursday, February 25, 2010

Bleeding & Check-up

Hari Selasa lepas, kita keluar darah time kat ofis. Tapi tak lah banyak. Keadaannya macam lendir bercampur darah dan sangatlah ciput. So kita tunggu next round buang urine, tengok ada ke tak. Tengok tak ada. Lega rasa. Tapi balik je rumah, sampai dalam pukul 8pm tu, rasa keluar darah macam spot 1st day kita period. Teruslah bergegas ke An-Nur Bangi.

Doc scan dan kita nampak dengan jelas baby kita yang cukup sifat, siap dengan kaki dan kepala. Kita nampak dia moving, kaki mcm tendang-tendang. Tiba-tiba dia melompat. Hahaha sangat adorable dan memang feeling tu sangat special sebab kita tak expect pun budak kecik ni dah sebesar itu. Last time tengok cuma macam sebiji kacang, tecittt sangat. :D Alhamdulillah nothing serious happens. Doc bagi ubat kuatkan rahim. Dan darah bukanlah keluar major sangat. Secalit-secalit je everytime dia kuar. Balik rumah, malam tido tak ada keluar. Esok pagi kat ofis ada. Lepas tu the whole day tak ada. Up till now tak ada. Alhamdulillah.

Doc tu pun sangat baik and she kept on saying "comelll nya. Comel kan? Tengok tu dia gerak-gerak, tendang-tendang. Now dia kecik lagi thats why u tak rasa... Kita cari angel lain pula k..." She made me even more excited. Thanks doc for being such a great companion.

Dan pagi tadi kebetulan pula, hari kita start buka kad untuk monthly check up kat An-Nur. Baby ni nak sangat mummy tengok dia awal before hari ni. Tu yang saja dia bagi mummy terpaksa gi klinik awal kelmarin tu :P So tadi dapat jumpa budak kecik ni lagi. Seronok rasa tengok dia. Dan of course lega sangat tak ada apa yang serius. Dan hasil check up tadi, so far so good.

Esok Maulidur Rasul. Nak ajak hubby gi LowYatt for handphone hunting :D. Dah berbulan dok fikir nak handphone apa. Akhirnya kita buat keputusan untuk lari dari keselesaan pakai Nokia. Sejak dari dulu, tak pernah pakai handphone lain selain nokia. Bila sampai kedai je walaupun azam na kbeli handphone lain, akhirnya Nokia juga yang dirembat. Tapi nak jadi mummy ni kena start belajar jadi firm. Nanti kena firm ngan baby kan.

Pada aunty-aunty semua, have good rest starting tommorrow untill Sunday! Happy holidays!

Friday, February 12, 2010

Bulan Februari...

Hai guys! Apa khabar? Lama kita tak update blog. Kita busy dan kita sakit. Last week, 1hb, Wilayah Persekutuan cuti. Masuk je kerja 2hb, kita demam teruk. Lepas tu kerja half day walaupun tak half sangat. Kita balik dalam pukul 4 la. Pukul 3 dah tumbang duduk je kat back office, berselubung. Alhamdulillah gi klinik, scan semua, everything is fine cuma doc kata demam kita tinggi.

Kita mungkin demam terkejut kot. Sebab kat tempat kerja, buddy kita, Kak Finaz and Shekin (yeah nama sama spelling je lain) dah ditransfer ke tempat baru. Kak Finaz ke UPM branch and Shekin ke KLIA branch. Memanglah kita rasa macam hilang tempat bermanja, menangis, ketawa dan segala-galanyalah. Banyak rutin kita yang berubah bila dorang takde. Contohnya dah tak ada teman nak breakfast, gi pasar tani dan gosip-gosip celah-celah kerja tu... Im gonna and have already missed you guys alot. Hehe kat dorang tak cakap sangat. Mummy ni kenalah tunjuk strong kan. :P

FYI, kita pun akan berpindah juga. Kita akan pindah ke Cyberjaya branch effective 1hb Mac ni. Jadi minggu depan kita dah kena start packing lah. Kita terima semua ni dengan hati terbuka dan positive. Cuma siapa yang tak sedih kan. Kita dah duduk bertapak kat Putrajaya branch tu dekat 2 tahun lebih nak masuk 3 tahun dah. Tak apalah, kita mengorak langkah cari prospect baru dan business baru. Doakan rezeki dan peluang kita cerah kat sana ya! Kita percaya, rezeki tu Tuhan bagi kat mana-mana. Yang penting usaha dan tawakal.

Kat Cyberjaya, kita ada buddy baru, Kak Rozy. Nasib baik Kak Rozy ni memang ngam satu kepala. Jadi terubatlah kerinduan walaupun yang berganti tu tak sama dengan yang lama. Dan yang lama tu memang tak sama ngan yang baru. Tapi kita gembira jugalah sebab kita n Kak Rozy memang selama ni dok sayang menyayang walaupun lain branch. Agak rapatlah. Tak sangka dapat kerja sama-sama lak pas ni.

Ingatkan nak letak pics tapi nanti kita sedih pulak.

Weekend ni cuti sampai Isnin dan Selasa. So kita nak wish pada semua selamat beristirehat dan pada kawan-kawan yang berbangsa Cina, selamat bercuti dan Gong Xi Fa Chai.

P/S: Yup, kita dah letak pregnancy ticker :D Rasa seronok rupanya nak jadi mummy ni kan...

Friday, January 22, 2010

Perubahan, Pencarian dan Kesudahan!

Guys, I have not known just yet how old is my budak kecik. Sebab I have gone through an abdominal scan yang selalunya hanya betul-betul clear selepas fetus berumur 12 minggu ke atas. Since I had my period twice the very last month, I hardly remember the real date and I actually ticked the date on my ipod touch but unfortunately it had to be reformatted recently. So I've lost everything. LOL. But thats not the end of the world. After buat abdominal scan ni, doc estimated maybe dlm 4 weeks or less.

My best solution is to go for vaginal scan. Baru nampak degupan jantung baby etc. Dan dinasihatkan mendapatkan vaginal scan ni less than 12 weeks untuk find out umur dia sebab pada waktu 12 minggu ke bawah ni, size fetus adalah lebih kurang sama untuk setiap individu.

So sekarang, my duty is to find a gynae. Tak tahu lagi nak gi gynae yang mana. Nak deliver baby which is a very long way to go, kat Prince Court (maybe dan insyaAllah) tapi masuk bulan ke 7 or 8 baru nak start check up di tempat yang kita nak beranak tu. . Tapi kalau nak check up ni penatlah asyik nak masuk ke Jln TuN Razak. So tengah survey, maybe go for specialist yang berdekatan atau hanya klinik yang ada antenatal service.

As for now, kita cuma ambil folic asid. Ada yang tanya folic asid ni untuk apa. Actually, kalau plan nak ada baby pun dah boleh ambil folic asid ni sebab ia membantu pembentukan janin. Alternatif lain if tak nak makan pil, boleh search makanan-makanan yang terkandung folic asid ni contohnya susu. Dan semalam, pertama kali kita beli magazine Pa&Ma, ternampak pulak Blackmores Pregnancy yang complete ada folic asid, ion, Omega3 dan DHA. Kita tanya doctor, kalau dah ambil pil folic asid, boleh ke ambil supplementary yang ada folic asid lagi? Doktor kata its ok sebab dia jenis yang akan keluar melalui urine kalau terlebih dalam badan. So I'm buying that Blackmores tomorrow.

Selain dari itu, kita tak ada nak ambil apa-apa lagi selagi belum dapat book my very own gynae.

Buat masa ni alhamdulillah, kita belum ada perangai yang mengada-ngada lagi atau nak muntah-muntah semua. Rasa loya sikit-sikit ada lah itu pun sebab termakan banyak :P. Selera makin menjadi-jadi. Perut pun rasa tegang je sebab kenyang. Tapi bila lapar sikit, ala sikit je laparnya, bukan main pedih lagi mintak diisi.

Dan sejak-sejak ni, bila tengok wayang cerita hantu, kita mudah dihantui sampai bawa ke tidur. Walaupun sebelum ni kita ni memang orang yang berani dan setakat cite hantu tu, kita tak heran lah. Tapi sekarang ni siap termimpi-mimpi dan sepanjang tengok wayang tu goosebump manjang. Jadi, untuk kesihatan kita dan budak kecik, kita dah cakap kat hubby tak nak tengok cite seram lagi. Simptom ni semua lah yang membuatkan kita buat home test sebab sebelum tu kita tengok cite Ju-On dan Paranormal Activity. Affected berhari-hari jiwa dan raga ni hah. Rupanya ada budak kecik tu. :D Dan kita juga jadi amat pemarah. Tapi kita cuba ketepikan semua feelings yang negative dan cuba be strong. Tak nak lah layan sangat perangai tu. Nanti jadi ntah apa-apa dan menyakitkan hati orang je buat apa kan...

I just wanna be a happy-go-lucky mummy to be dan mudah diuruskan. Nak mengada-ngada pun fikirlah sikit kan. Macamlah kita sorang je yang pregnant. Tak payah mengada-ngadalah kan. Cuba fikir, ada orang tu, terpaksa berjauhan ngan hubby dan manage seorang diri. Kita yang sebumbung ngan hubby ni tak payahlah nak tunjuk lemah sangat. Hihihi girl power la! Power Puff Girl :D

Dan buat masa ni, setelah mendengar cerita-cerita hikayat dan nasihat dari sahabat baik, Dr Irish yang baru 6 bln lepas dapat baby, hubby kita menjadi seorang yang always-smile-and-say-yes-eventho-it-kills-him. Hahahaha. Thank you sayang. It makes me feel more comfy and yes I am a conqueror now :D

Tuesday, January 19, 2010

My Reaction To Know The News

Ok, perkara-perkara yang membuatkan kita buat test ialah the day before, kita gi breakfast ngan hubby before gi jumpa customer kita. Tetiba rasa macam nak termuntah. Kita terus stop makan and nasib baik memang makanan pun dah habis sental :P. Tapi bila fikir balik, kita dah ada simptom-simptom nak period. Which kita memang dah standby, Cik P tu nak datang in few days time. And then malam tu, kita rasa benda gatal-gatal yang datang dari dalam perut. Kita tak selesa. Garu memang tak rasa apa-apa. Memanglah rasa tak selesa.

The very next day, balik je dari office, kita nak cuci toilet. So terfikir nak buat test. Lagipun tester memang dah ada. Percaya tak, all this while, hubby je yang dok concern beli tester tu while me tak ambil kisah pun.

Bila keluar je result, kita rasa tester tu rosak. Lepas tu kita terus mencuci toilet. Sambil tu dok menafikan yang tester tu elok je. 2-3 kali juga la kita check tester tu lagi. Kali ke-3, barulah macam sedar dari mimpi. Then kita terus menggeletar satu badan. Mixed feelings. Takut, happy, macam tak percaya.. Semua ada lah.

Best part was, kita letak dalam bilik tester tu. Kita keluar gi cari hubby. Tak jumpa. Bila kita masuk bilik, dia tengah menganga tengok tester. Soalan dia:

Hubby: Ni bila punya ni sayang?

Me: Hah? Of course la baru test.

Hubby: Bukan, bila punya yang kita dapat ni.

I was like, OMG. Apa punya soalan. And ended up, dia pun macam ketakutan juga. Well, obviously kami memang nak. Tapi bila kenyataan tu dah ada, jadi takut semua. Maklumlah, pengalaman pertama. So malam tu, kita gi klinik terus. Doc tu kata:

Doc: Congrats. It positive. You are pregnant.

Me: Really? OMG it's funny. Hahaha.

Doc: Betullah. Hahaha what's so funny?

Me: I dunno. Now Im scared.

Doc: You are funny. Tak apa. Just jaga diri baik-baik. Get your gynae.

Doc tu salam hubby yang dari tadi sengih-sengih speechless.

Kita pun terus call nak bagitahu mak kita. Kita memang tak berhenti gelak and tak tahu nak cakap mcm mana. Last sekali, kita cakap je kat mak kita "MAMA, EKAU NAK JADI GRANDMA!"

:D

Petang kang kita nak gi scan, nak jumpa budak kecik ni. Nak tengok umur dia berapa..

Saturday, January 16, 2010

Berita Gembira/Mengejutkan/Menakutkan?

NOTE: PADA KAWAN-KAWAN BARU YANG BARU ADD KITA DALAM LINK NANTI KITA ADD KORANG BALIK. KITA LETIH DAN PENAT LA SKANG NI DAN TERLALU SIBUK. PADA KAWAN-KAWAN KITA YANG LAIN, MSG2 KORANG AKAN KITA BALAS ONCE FREE NANTI K. MAYBE ESOK OR MALAM ESOK LA.



Hari Khamis malam Jumaat, lebih tepat lagi 14hb Januari 2010, berita tergempar pertama untuk tahun ni telah pun selamat kita terima u ols! Nak tahu tak apa dia? Azam tahun 2010, bole tengok kat resolusi item no.9 :P Nampaknya itulah resolusi pertama yang berjaya.

*
***
*****
**********
***************
*********************
**************************
*********************
**************
******
***
*
*
***
*****
**********
***************
*********************
**************************
*********************
**************
******
***
*
*
***
*****
**********
***************
*********************
**************************
*********************
**************
******
***
*
*
***
*****
**********
***************
*********************
**************************
*********************
**************
******
***
*
*
***
*****
**********
***************
*********************
**************************
*********************
**************
******
***
*
*
***
*****
**********
***************
*********************
**************************
*********************
**************
******
***
*







*************************************


DALAM PERUT SAYA ADA BUDAK KECIK :p

Alhamdulillah. Malam tu, lewat malam terus ke klinik dapatkan confirmation and it is confirmed! Yang tak dapat diconfirmkan ialah berapa minggu pregnancy kita sebabnya, kita lupa last date period kita. Yang buatkan kita lupa sebab bulan lepas kita kena 2 kali..

Buat masa ni tak boleh update apa-apa lagi sebab masih terkejut, tak percaya, gembira, takut, semua ada. Hahahaha.

Cuma yang kita boleh update ialah, secara rasminya untuk setakat umur dia yang masih tidak diketahui, kita bagi nama manja dia 'budak kecik'.

Monday, January 11, 2010

Korang Ada Courtesy Ke Tidak???

Ada lah kisah seorang blogger ni. Dulu dia selalu contact kita. Blog dia pulak memang menarik, tertarik dan da bom. Tak lah bomb sgt pun tapi ada lah daya tarikannya. Dia seorang wanita yang berpewatakan menarik tapi sayang, bila dia marah je, banyak kata2 kesat keluar. Tapi maybe tu cara dia lemparkan amarah. So let her be lah.

Tapi yang kita tak berapa gemar perangai dia, dia rajin pm kita. Tanya itu dan ini. Bukan tu ajer. Dia pernah bg kita sms. Tapi sebab kita tak free nak sms dia, kita call je lah terus. Dah la kita call, lama juga la. Kita explain memcm kat dia in detail ok. Cakap thank you pun tidak. Kalau sms pun mcm tu. Kita penat explain kat dia kadang2 sampai hantar 2-3 sms sbb setiap sms dah max 4 pages. Jadi kena explain kat sms yg baru. Kesudahannya, terima kasih tidak, ok pun tidak, she would definately goes silent. Apa punya orang la mcm ni. Org berbudi, kita berbahasa lah beb.

Then after dia silent tu, dia akan get back to me bila dia ada soalan baru. Selfish kan orang ni? Tapi yang pelik tu, dia rajin kutuk orang dalam blog dia. Diri sendiri tak nampak kekurangan.

So pengajarannya, janganlah asyik ckp orang mcm tu, org mcm ni. Akhirnya diri sendiri tak ada courtesy pun lu tak nampak. Lu jangan msg gua lagi lah kalau lu tak tahu cakap terima kasih. Lu boleh simpan semua lu punya soalan, campak dalam Sungai Gombak.

Kita semua jadikanlah orang ni sebagai pengajaran ok. Biarkan dia mcm tu kalau dia tak nak berubah. Tapi perkara kecil mcm ni, kalau kita terbuat orang kecil hati, kita yang rugi kan u ols.

Friday, January 1, 2010

Welcoming 2010!

Alhamdulillah, 2010 is here! Ehe malam tadi pergi celebrate kat rumah Irishah & Azlin kat Hartamas. Kitorang buat bbq. It was fun. Sampai overnight lah kat sana. Padahal tak plan pun. So tadi dalam pukul 2.30 petang baru balik umah. Well, as for 2010, alot of things that havent been accomplished, need to be continued to this year. As for this year kan, I've to list down here so that I wont forget. Eyyyyhhh yeke ni?

***Impian 2010***

1) Nak selesaikan hutang PTPTN.
2) Nak selesaikan hutang kredit kad dan tutup terus! -kita ada 3 kredit kad. 2 dah tutup. tinggal 1 je lagi. Credit card menjahanamkan kita guys!
3) Nak beli kereta baru! - dalam kepala ada few cars la. Tengoklah bajet nanti yang mampu yg mana. I might consider Caldina, Honda Civic Hybrid, Honda Jazz or Mazda 3 Sport. Auwww~
4) To get a scuba diving license. Ni a MUST la!!!
5) Nak beli rumah (not a MUST yet. Kalau ada rezeki 2010, insyaAllah)
6) Nak bela kucing spesis Maine Coon. Susah dapat ni. So at least dapat bela sugar glider pun jadi lah...
7) Cuba mendapatkan baby :D
8) Cuba maximisekan simpanan dengan membeli EMAS! Mesti 10 tahun akan datang harga melambung.


As for now, kita tengah consider nak Blackberry, N97 or HTC?


To all, selamat tahun baru 2010. Semoga mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah. Dan semoga kita bahagia disamping yang tersayang.