pregnancy due date

Monday, August 31, 2009

Hidup Tidak Selalunya Cerah...

Ya, hidup tidak selalunya cerah. Hidup tidak selalunya indah. Hidup tidak selalunya gembira. Hidup tidak selalunya tersenyum. Kadangkala, kita harus akur, kita perlu menangis, kita perlu bersedih dan kita perlu berduka. Kedengaran tidak seronok bukan? Tetapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Dan ianya membuatkan hidup kita berwarna-warni. Suka dan duka. Air mata dan gelak tawa.

Keluarga - ibu & bapa:
Kerana mereka kita di sini. Dan mereka tidak berada di sini tanpa ibu bapa mereka. Pertalian yang dicincang tidak akan putus. Restu mereka membawa bahagia. Kegembiraan mereka membawa kita ke syurga. Kasih ibu hingga ke syurga. Kasih bapa terlalu tinggi budinya untuk dibalas.

Keluarga - adik-beradik:
Kehadiran mereka menceriakan zaman kanak-kanak kita. Bersama mereka kita membesar, bertepuk tampar, bergaduh, bermain, bergembira bersama. Kita semua penyambung kemesraan keluarga, pabila ibu dan bapa tiada lagi. Terpeliharakah hubungan kita? Tiada galang gantinya, kasih sayang hasil dari pertalian darah. Namun mengapa ada antara mereka yang putus saudara? Ke mana kita setelah ibu dan bapa tiada? Ya, kita perlu pelihara untuk kebahagiaan generasi anak-anak kita yang perlukan saudara dan mara. Pada merekalah tempat bermanja!

Keluarga - suami:
Pada suami tempat kita bergantung. Janji yang disemai, sumpah yang digalas, di atas akad perkahwinan yang mempunyai auranya tersendiri. "Aku terima nikah ..." olehmu dan bersaksikan empat lelaki yang cukup syaratnya. Selepas itu, susah dan senangnya bersama suami. Senyuman suami, itulah kebahagiaannya. Air mata suami itulah racunnya. Pada suami bukan sahaja tempat bermanja, menumpang kasih dan berteduh, tetapi juga sedaya upaya cuba menjadi tulang belakang yang setia buat suami. Tugas suami, tiada lain hanyalah memberi nafkah. Nafkah keperluan, nafkah kasih sayang, nafkah zahir dan batin, nafkah agama, nafkah rumahtangga. Selebihnya isteri akan tersenyum dan menjadi peneman setia. Mintalah apa sahaja, selagi terdaya, pasti ditunaikan biarpun memperjudikan nyawa.

"Kepada-Mu ya Allah, tempatku mengadu, sesungguhnya terlalu banyak dosa-dosaku kepadaMu. Sesungguhnya Kau itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Kau berkatilah perjalanan hidupku. Kau bantulah aku kiranya jalan gelap yang sedang aku lalui. Kau permudahkanlah kakiku kiranya perjalananku penuh duri. Kau cekalkan dan tabahkanlah hatiku demi dugaanMu ini. Hanyak bersujud padaMu, untukku memohon. Aku ini kerdil, aku ini seorang anak, aku ini seorang kakak dan adik dan aku kini ialah isteri. Senyuman dan gurauanku mungkin kini tiada lagi penawar buat mereka. Kehadiranku kini mungkin hanya mengundang derita. Aku hanya mahu mereka gembira, anugerahkanlah nur dan hidayahMu buat mereka agar perjalanan hidup mereka cerah dan gembira. KepadaMu kuberserah..."

3 comments:

Lady of Leisure said...

sery,
itu lah warna warni kehidupan, kalau semuanya indah nanti jadi tak thrill pulak..

hidup kena ada ups and down, yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan..

Ashikin said...

yes loe, btol tu. yg penting be strong n insyaAllah Allah tolong. dat makes our lives even richer wif lots of colours..

Umurina said...

Firman allah dalam surah yang berlainan....Fasbir sobran Jamila......Fasobrun Jamil....sabar itu indah....